Categories
AGENDA NASIONAL

Ringgit tinggi berbanding dolar AS pada awal dagangan

KUALA LUMPUR, 21 OKT: Ringgit tinggi berbanding dolar Amerika Syarikat (AS) dalam sesi awal dagangan hari ini, berikutan permintaan lebih baik terhadap mata wang tempatan di tengah-tengah hasil perbendaharaan AS yang rendah.

Pada 9.07 pagi, unit tempatan berada pada 4.1820/1860 berbanding dolar AS daripada 4.1850/1880 ketika ditutup pada Jumaat minggu lepas.

Peniaga berkata hasil perbendaharaan AS mengalami penurunan yang sebahagiannya disebabkan ketegangan perdagangan antara AS dan China di samping perjanjian Brexit.

Sementara itu, ringgit diniagakan rendah berbanding mata wang utama lain.

Unit tempatan susut berbanding dolar Singapura kepada 3.0676/0707 daripada 3.0644/0670 ketika ditutup pada Jumaat minggu lepas dan turun berbanding yen kepada 3.8551/8598 daripada 3.8518/8553.

Ringgit lemah berbanding pound British kepada 5.4006/4071 daripada 5.3999/4042 pada Jumaat lepas dan rendah berbanding euro kepada 4.6654/ 4716 daripada 4.6571/6621.

-BERNAMA

Categories
AGENDA NASIONAL

Menjelang bajet, ringgit dibuka tinggi berbanding dolar AS

KUALA LUMPUR, 11 OKT: Ringgit meningkat semula untuk dibuka tinggi berbanding dolar Amerika Syarikat (AS) hari ini setelah minat belian terhadap mata wang tempatan pulih menjelang pembentangan Belanjawan 2020 petang ini, kata peniaga.

Pada jam 9 pagi, unit tempatan berada pada 4.1840/1880 berbanding dolar AS daripada 4.1920/1960 ketika ditutup pada Khamis.

Pakar Strategi Pasaran Asia-Pasifik Axi, Stephen Innes berkata, para peniaga amat menantikan pengumuman Belanjawan 2020 dengan kemungkinan konflik belanjawan berhemat dan pertumbuhan akan bertembung dengan mata wang tempatan dan pasaran modal.

Ringgit diniagakan tinggi berbanding mata wang utama lain, kecuali pound British.

Unit tempatan kukuh berbanding yen Jepun kepada 3.8716/8760 daripada 3.9032/9080 ketika ditutup pada Khamis dan naik berbanding dolar Singapura kepada 3.0429/0469 daripada 3.0450/0485.

Ringgit stabil berbanding euro kepada 4.6041/6102 daripada 4.6238/6286 semalam, tetapi turun berbanding pound British kepada 5.2020/2086 daripada 5.1373/1439.

– BERNAMA

Categories
EKONOMI

Ringgit dibuka tinggi berbanding dolar US

KUALA LUMPUR, 15 JUL : Ringgit meneruskan momentum meningkatnya minggu lepas untuk dibuka tinggi berbanding dolar US hari ini, berikutan minat belian yang lebih baik terhadap unit tempatan, kata peniaga.

Pada 9.05 pagi, unit tempatan berada pada 4.1070/1120 berbanding dolar US daripada 4.1140/1170 semasa ditutup pada Jumaat.

Beliau berkata ringgit yang lebih tinggi turut didorong oleh harga minyak global yang meningkat.

Hari ini, penanda aras niaga hadapan minyak mentah Brent naik kepada US$66.74 setong.

“Sementara itu, pelabur tidak memasuki pasaran menunggu data ekonomi China pada suku kedua yang akan dikeluarkan bersama dengan petunjuk ekonomi utama lain hari ini,” katanya.

Bagaimanapun, unit tempatan diniagakan rendah berbanding sekumpulan mata wang utama.

Ia susut berbanding dolar Singapura kepada 3.0247/0274 daripada 3.0217/0251 semasa ditutup pada Jumaat dan merosot berbanding yen Jepun kepada 3.8084/8123 daripada 3.7910/7954.

Mata wang tempatan berkurangan berbanding pound kepada 5.1613/1659 daripada 5.1511/1586 dan turun berbanding euro kepada 4.6298/6336 daripada 4.6273/6323.

-BERNAMA

Categories
EKONOMI

Ringgit dibuka tinggi berbanding dolar AS

KUALA LUMPUR, 24 Jun : Ringgit dibuka tinggi berbanding dolar Amerika Syarikat (AS) hari ini didorong sentimen positif yang timbul daripada menjelangnya pertemuan antara Presiden Donald Trump dan Presiden China Xi Jinping pada Sidang Kemuncak G20 Jumaat ini.

Pada 9 pagi, ringgit berada pada 4.1430/1460 berbanding dolar AS daripada 4.1480/1510 ketika ditutup pada Jumaat.

MIDF Research dalam nota penyelidikan berkata momentum pergerakan menaik ringgit telah disokong oleh harga minyak mentah yang lebih kukuh dan kemungkinan pengurangan kadar faedah oleh Rizab Persekutuan AS (Fed) pada bulan-bulan akan datang.

“Petunjuk yang diberikan Fed bagi pengurangan kadar faedah itu secara tidak langsung meningkatkan mata wang negara pesat membangun termasuk Malaysia. Kami mengekalkan unjuran bahawa ringgit mencatatkan kadar purata pada 4.12 dan mencapai sasaran akhir tahun pada 4.10 bagi 2019,” menurut firma berkenaan.

Pada 9 pagi, minyak Brent yang menjadi penanda aras meningkat kepada US$64.47 setong daripada US$64.10 setong pada Jumaat lepas.

Mata wang tempatan susut berbanding pound kepada 5.2807/2862 daripada 5.2505/2552 pada Jumaat lepas dan rendah berbanding dolar Singapura kepada 3.0591/0625 daripada 3.0545/0576.

Ringgit lemah berbanding yen kepada 3.8597/8636 daripada 3.8568/8607 Jumaat lepas dan turun berbanding euro kepada 4.7147/7198 daripada 4.6864/6915. -BERNAMA

Categories
EKONOMI

Ringgit dibuka tinggi berbanding dolar US

KUALA LUMPUR, 14 Jun : Ringgit naik berbanding dolar US pada pagi Jumaat berikutan peningkatan permintaan terhadap mata wang tempatan di tengah-tengah ketidaktentuan geopolitik global dan pertikaian perdagangan Amerika Syarikat (AS)-China yang belum diselesaikan, kata seorang peniaga.

Pada 9 pagi, ringgit berada pada paras 4.1630/1680 berbanding dolar US daripada 4.1650/1680 semasa ditutup pada Khamis.

Penyelidikan MIDF dalam satu nota berkata serangan oleh pihak yang tidak diketahui ke atas dua kapal tangki minyak di Teluk Oman dan Selat Hormuz telah meletakkan rantau Teluk Arab/Parsi yang mengeluarkan banyak bekalan minyak dunia dalam keadaan tertekan.

“Sementara itu, Walmart Inc, Target Corp dan lebih 600 syarikat lain menggesa Presiden AS Donald Trump dalam surat pada Khamis untuk menyelesaikan pertikaian perdagangan dengan China, menyatakan tarif telah menjejaskan perniagaan dan pengguna Amerika,” katanya.

Semasa urus niaga dibuka, ringgit, bagaimanapun, didagangkan bercampur-campur berbanding mata wang utama yang lain.

Ia mengukuh berbanding dolar Singapura kepada 3.0454/0495 daripada 3.0477/0504 semasa ditutup pada Khamis, menyusut berbanding yen kepada 3.8422/8471 daripada 3.8401/8440 tetapi mengukuh berbanding euro kepada 4.6938/7011 daripada 4.7006/7061.

Berbanding pound, unit tempatan tidak berubah pada 5.2766/2834 kepada 5.2766/2825 semasa ditutup pada Khamis. -BERNAMA

Categories
EKONOMI

Ringgit dibuka tinggi berbanding dolar AS

 

KUALA LUMPUR, 3 Jun : Ringgit dibuka tinggi berbanding dolar Amerika Syarikat (AS) hari ini, sejajar dengan Indeks Pengurus Pembelian (PMI) Nikkei yang positif.

Pada 9 pagi, ringgit naik kepada 4.1850/1900 berbanding dolar AS daripada 4.1890/1920 ketika ditutup pada Jumaat lepas.

Peniaga berkata PMI Nikkei yang dikeluarkan pagi ini melegakan para pelabur buat masa ini apabila ia menyatakan keyakinan perniagaan mencapai tahap tertinggi dalam tempoh beberapa tahun, selain optimis dengan jumlah output pada masa akan datang.

“Perniagaan telah merancang pelancaran produk baharu dan jangkaan permintaan lebih kukuh, terutama dari pasaran luar negara, telah menyokong peningkatan keyakinan itu,” katanya dipetik sebagai berkata dalam laporan berkenaan.

Beliau berkata laporan itu memberi unjuran positif bagi sektor pembuatan Malaysia, walaupun landskap risiko global masih tidak menentu.

Sementara itu, ringgit diniagakan kebanyakannya rendah berbanding kumpulan mata wang utama.

Ringgit turun berbanding dolar Singapura kepada 3.0465/0513 daripada 3.0399/0432 pada Jumaat lepas dan susut berbanding yen Jepun pada 3.8643/8700 daripada 3.8512/8544.

Unit tempatan lemah berbanding pound Britain kepada 5.2928/2995 daripada 5.2693/2748 minggu epas dan rendah berbanding euro kepada 4.6776/6848 daripada 4.6703/6741. -BERNAMA