Categories
SELANGOR

Rodziah : Wan Azizah pelengkap kekuatan ADUN wanita di Selangor

Oleh : NAEEM RAFFI

SHAH ALAM, 12 MAC: Kehadiran Datuk Seri Dr Wan Azizah Ismail dalam politik Selangor akan menambah bilangan dan suara wanita dalam proses pembuatan keputusan di peringkat tertinggi di negeri itu.

Harapan itu dilontarkan Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Batu Tiga, Rodziah Ismail terhadap Wan Azizah selaku calon Pakatan Rakyat (PR) yang dijadualkan menentang calon Barisan Nasional (BN), Datin Paduka Chew Mei Fun bagi merebut kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) Kajang dalam Pilihan Raya Kecil (PRK), pada 23 Mac ini.

“Ia suatu perkembangan yang mengujakan setiap aktivis dan mereka yang sedar betapa perlunya perwakilan wanita sebagai wakil rakyat.

rodziah pc green 20 jul 01“Wan Azizah adalah calon yang sangat berpengalaman dan punya kemahiran membimbing insan dan masyarakat di sekelilingnya.

“Beliau tentunya akan menjadi seorang wakil rakyat yang baik, bahkan tersohor dan sentiasa mendampingi rakyat seperti menjadi wakil rakyat di Permatang Pauh dan Presiden Parti Keadilan Rakyat (PKR),” katanyaa kepada Selangor Kini.

Rodziah berkata, Selangor akan memperoleh pelbagai kreativiti dalam inovasi program, aktiviti dan produk untuk kebaikan rakyat jika menggandingkan lebih ramai wanita bersama lelaki dalam proses pembuatan keputusan di Dewan Negeri Selangor.

Bagi Rodziah, kehadiran Wan Azizah akan menjadi pelengkap dan menguatkan lagi barisan ADUN wanita di Selangor dalam memperhalusi isu kebajikan, gender dan perspektif rakyat.

“Ini bukan bermaksud ADUN lelaki tidak begitu, tetapi lumrah wanita itu dengan aura keibuannya ternyata lebih seni.

exco wanita“The care industry atau industri penjagaan insan kebiasaannya wanita yang menggalas tugas terbabit. Sebahagian wanita terpaksa menamatkan alam pekerjaannya untuk menjaga anggota keluarga yang sakit, tua, OKU dan tidak mampu hidup sendirian,” katanya.

Rodziah berkata, usaha Selangor mempertingkatkan peranan wanita dengan melantik golongan itu menerajui portfolio penting sewajarnya di contohi negeri lain.

“Selangor sudah membuktikannya sebaik mengambilalih pentadbiran kerajaan negeri dengan 40 peratus exconya adalah wanita.

“Selangor juga melantik Speaker dna Timbalan Speaker wanita pertama dalam Dewan Negeri di Malaysia, Datuk Bandar wanita pertama di Majlis Bandaraya Petaling Jaya (MBPJ), Yang Di Pertua wanita di Majlis Daerah Kuala Selangor (MDKS), Setiausaha Politik wanita pertama bagi Menteri Besar Selangor,” katanya.

-NFN-