Categories
NASIONAL

Jumlah pengangguran lebih tinggi di lapangan sebenar

OLEH : AFIX REDZUAN

KUALA LUMPUR, 17 MAC: Seramai 54,867 graduan masih belum mendapat pekerjaan dalam tempoh tiga bulan sebelum konvokesyen tidak mencerminkan keadaan sebenar di lapangan.

Ahli Parlimen Bukit Katil, Shamsul Islandar Mohd Akin, berkata angka mewakili 23.9 peratus berdasarkan kajian penanda aras keboleh pasaran graduan itu sebenarnya lebih besar jika dilihat lebih teliti di lapangan.

Katanya, graduan pendidikan dan kedoktoran merupakan antara sektor yang mencatatkan jumlah pengangguran tinggi di negara ini.

SHAMSUL ISKANDAR“Penanda aras dikemukakan tadi tidak mencerminkan keadaan di bawah. Sebagai contoh graduan kedoktoran, dahulu terdapat laporan media menyebut ‘From doctor to waiter’.

“Bukan sedikit mereka yang menceburi dalam bidang (pekerjaan) yang tidak sama dengan apa yang dipelajari,” katanya mengulas jawapan menteri berhubung jumlah angka pengangguran sehingga Februari 2016.

Menteri Pendidikan Tinggi, Datul Seri Idris Jusoh dalam sesi jawab lisan Dewan Rakyat memaklumkan Malaysia menetapkan tempoh tiga bulan untuk kajian penanda aras keboleh pasaran graduan.

Namun, tempoh setahun digunakan kebanyakan negara luar bagi kajian sama.

Katanya, jumlah kajian graduan tidak mendapat pekerjaan akan lebih tinggi jika tempoh setahun digunakan di Malaysia.

-nR-