Categories
SELANGOR

Banteras habis-habisan sindiket tanah haram

Oleh: LIZAWATI MADFA

RAWANG, 17 SEP: Kerajaan Negeri bertindak menggempur 24 ekar kawasan tanah yang diteroka secara haram sejak 15 tahun lalu.

Setiausaha Kerajaan Negeri, Datuk Mohammed Khusrin Munawi, berkata pendakwaan akan mula dilakukan di bawah Kanun Tanah Negara terhadap penceroboh tegar dengan kira-kira 3,000 kawasan tanah milik kerajaan diteroka secara haram di Selangor.

Mohammed Khusrin Munawi“Sebelum ini, tiada pendakwaan tetapi kita akan mula bertindak tegas untuk membanteras habis-habisan sindiket teroka tanah kerajaan secara haram di seluruh negeri.

“Tindakan tegas ini bagi memberi mesej kepada peneroka yang kebelakangan ini makin banyak meneroka tanah kerajaan secara haram,” katanya.

Terdahulu, beliau menyertai Operasi Bersepadu Pencerobohan Tanah Kerajaan Seksyen 425 Kanun Tanah Negara di SKC Rasa, Mukim Sungai Tinggi melibatkan 24 hektar tanah yang diusahakan tanaman sawit dan kebun sayur, pada 14 September lalu.

Operasi itu diketuai Penolong Pegawai Daerah, Unit Penguatkuasa Pejabat Daerah dan Tanah Hulu Selangor, Azizuddin Mohd Hashim.

Seluas 6.4 hektar tanah diusahakan dengan pelbagai jenis sayur sementara baki ditanam dengan tanaman sawit.

rata tanah aKhusrin berkata, notis kesalahan di bawah Seksyen 425 Kanun Tanah Negara (KTN) dikeluarkan Ogos lalu, namun peneroka tetap berdegil dan masih meneruskan operasi.

Pada masa sama, beliau turut memberi amaran keras kepada ketua sindiket yang menawarkan tanah kerajaan pada kadar tertentu kepada peneroka dengan mengatakan tanah itu milik persendirian.

“Oleh itu, diharap pengusaha dapat menyemak terlebih dahulu status tanah di Pejabat Tanah dan Daerah sebelum mahu mengusahakannya. Kita tidak mahu ramai yang tertipu,” katanya.

-NFN-