Categories
SELANGOR

SUKMA Ke-15 : Selangor Terus Unggul Dengan 38 Pingat Emas

SHAH ALAM 12 JULAI :Selangor masih unggul pada catatan pungutan pada Sukan Malaysia (SUKMA) Pahang ke-15 apabila mengumpulkan 107 pingat keseluruhan untuk hari ke-12 setakat jam 4.00 petang tadi.

Secara keseluruhan, Selangor kini mengumpul 38 pingat emas, 33 perak dan 36 gangsa.

Hari ini Selangor mensasarkan untuk memperolehi 10 pingat emas lagi dalam acara renang, petanque dan menembak.

Dua pingat emas itu disumbangkan daripada Sukan Memanah Lelaki jarak 90m dan acara 25m Pistol Wanita berpasukan.

Semalam, Gimnastik muncul penyumbang utama bagi Selangor dengan empat pingat emasĀ  menerusi Nur Eli Ellina Azmi dalam acara batang titian kategori wanita selepas mengutip 13.5 mata manakala emas bagi acara senam lantai kategori wanita disumbangkan Farah Ann Abdul Hadi (13.2 mata).

Dua lagi emas menerusi Danniel Iskandar Richard yang mengutip 13.325 mata dalam acara kekuda pelana kategori lelaki dan Chua Jern Rong bagi acara palang sejajar kategori wanita dengan 12.975 mata.

Tempat kedua kini disandang pasukan Terengganu dengan keseluruhan 65 pingat yang diperolehi.

Terengganu menggumpul 35 pingat emas, 12 perak dan 18 gangsa.

Manakala Pahang ditempat ketiga dengan pungutan 28 emas, 29 perak dan 18 gangsa.