Categories
SELANGOR

Masalah trafik: Pengangkutan awam lebih efisyen, bukan Kidex

Oleh: SYASYA SUFIAN

PUCHONG, 3 FEB: Cadangan penambahan pengangkutan awam dilihat lebih efisyen berbanding pembinaan lebuh raya, kata Adun Kinrara, Ng Sze Han.

Merujuk kepada Lebuhraya Kinrara-Damansara (Kidex), Sze Han berkata, pembinaan lebuh raya itu bukan jalan penyelesaikan terbaik bagi merungkai kesesakan lalu lintas di Petaling Jaya.

SZE HAN RAJIV“Hari ini kita lihat masyarakat lebih selesa menggunakan pengangkutan awam khususnya penduduk di puchong dan Bandar Kinrara.

“Ia juga memberi manfaat kepada orang ramai berulang alik ke Petaling Jaya, Kuala Lumpur dan destinasi lain,” katanya ketika sidang media, di Bandar Kirara, di sini, hari ini.

Sementara itu, Adun Bukit Gasing, R. Rajiv berkata, dalam cadangan Pelan induk pengakutan awam Kerajaan Negeri terdapat tujuh hentian stesen yang dicadangkan sepanjang Laluan Sunway BRT.

Katanya, jajaran itu menghubungkan beberapa kawasan perumahan dan komersial, bermula dari stesen KTMB Setia Jaya di hadapan Pangsapuri Mentari Courts sehingga ke USJ 6, selepas pusat membeli-belah Summit.

“Kita telah kemukakan cadangan itu sejak lima April 2014 iaitu 21 bulan yang lalu, namun sehingga tidak ada sebarang maklum balas dari kerajaan persekutuan.

“Saya menggesa untuk pihak Suruhanjaya Pengangkutan Awam Darat (SPAD) untuk mempertimbangkan cadangan ini menambah pengagkutan awam seperti BRT, LRT atau MRT yang akan memberi manfaat kepada rakyat khususnya,” katanya.

-nR-