Categories
SELANGOR

50 peniaga Uptown Seksyen 24 berputih mata, 196 kedai musnah dijilat api

Oleh: AFIX REDZUAN

SHAH ALAM, 15 OKT: Sebanyak 196 buah kedai hangus dijilat api dalam satu kejadian kebakaran awal pagi tadi di Uptown Seksyen 24, Shah Alam.

Dalam kejadian sekitar jam 2.30 pagi itu mengakibatkan 50 peniaga berputih mata kerana tidak sempat menyelamatkam barang perniagaan mereka.

uptown shah alam terbakarAnggota Bomba dan Penyelamat Shah Alam yang menerima panggilan kecemasan bergegas ke tempat kejadian untuk memadamkan api.

Jurucakap bomba berkata, api berjaya dipadamkan sejam kemudian dan kejadian serta jumlah kerugian masih dalam siasatan.

Dato’ Menteri Besar Selangor, Mohamed Azmin Ali dijangka melawat lokasi kejadian jam 12.30 tengahari ini.

-NFN-