Categories
AGENDA NASIONAL

Trafik perlahan di lebuh raya utama petang ini

KUALA LUMPUR, 1 OGOS: Aliran trafik di beberapa lebuh raya utama didapati perlahan petang ini berikutan orang ramai mula pulang ke rumah masing-masing selepas menyambut Aidiladha di kampung halaman.

Jurucakap PLUS Malaysia Berhad ketika dihubungi berkata setakat 4.30 petang, aliran trafik ke arah selatan negara perlahan di kawasan Seberang Jaya ke Prai, sebelum Plaza Juru arah selatan, Bukit Tambun ke Jawi, sebelum Terowong Menora ke Ipoh, Gopeng ke Tapah dan Sungkai ke Slim River.

Beliau berkata trafik dilaporkan perlahan bagi perjalanan ke arah utara iaitu Simpang Ampat ke Hentian Pedas Linggi susulan kemalangan di Km217.4.

Bagaimanapun, aliran trafik di Lebuhraya Pantai Timur (LPT) 1 dan LPT 2 didapati lancar di kedua-dua arah setakat ini, demikian menurut jurucakap Lembaga Lebuhraya Malaysia (LLM).

Orang ramai boleh mendapatkan maklumat trafik terkini menerusi talian bebas tol Plusline di 1800-88-0000 dan laman Twitter di www.twitter.com/plustrafik atau talian LLM di 1-800-88-7752 serta laman Twitter di www.twitter.com/llminfotrafik.

– BERNAMA

Categories
NASIONAL

Aliran trafik perlahan petang ini

KUALA LUMPUR, 10 Jun : Aliran trafik di beberapa lebuh raya utama, perlahan setakat 4.30 petang ini.

Jurucakap PLUS Malaysia Berhad ketika dihubungi berkata trafik di utara dilapor perlahan dari Changkat Jering ke Bukit Berapit, dan Kuala Kangsar ke arah Jelapang.

“Keadaan trafik juga dilapor perlahan dari Ipoh Utara ke hentian Simpang Pulai arah Selatan, dan Gopeng menuju ke Sungkai, Perak,” katanya.

Selain itu, aliran trafik juga perlahan di Lebuhraya Baru Lembah Klang (NKVE) dari Subang menuju ke Shah Alam dan Kota Damansara ke Damansara berikutan aliran trafik yang tinggi.

Sementara itu, Jurucakap Lembaga Lebuhraya Malaysia (LLM) berkata trafik bergerak perlahan di Lebuhraya Kuala Lumpur-Karak menuju ke Pusat Bandar sebelum Plaza Tol Gombak.

Orang ramai boleh mendapatkan maklumat trafik terkini menerusi talian bebas tol Plusline di 1-800-88-0000 dan laman Twitter di www.twitter.com/plustrafik atau talian LLM di 1-800-88-7752 serta laman Twitter di www.twitter.com/llminfotrafik. -BERNAMA