Categories
NASIONAL

Wanita PR bergabung pastikan Dyana menang PRK Teluk Intan

TELUK INTAN, 20 MEI: Keputusan DAP meletakkan calon wanita bagi menghadapi Pilihan Raya Kecil (PRK) Parlimen Teluk Intan disambut baik Dewan Muslimat PAS.

Ketua Dewan Muslimat PAS Pusat, Siti Zailah Mohd Yusof, berkata pemilihan Dyana adalah satu penghormatan kepada kaum wanita muda khususnya untuk mewakili suara rakyat di Teluk Intan.

“Kami daripada Dewan Muslimat mengucapkan tahniah atas pemilihan Dyana sebagai calon mewakili Pakatan Rakyat (PR).

unnamed“Pencalonan Dyana satu pengiktirafan yang amat tinggi diberikan DAP kepada kaum wanita khususnya golongan muda untuk turut sama berjuang membawa suara rakyat,” katanya yang dipetik daripada Harakah Daily.

Beliau berkata, PAS akan bergabung dengan Wanita PKR dan DAP bagi memastikan kemenangan kepada DAP, pada 31 Mei ini.

“Kita pastikan kemenangan untuk calon wanita, kami wanita PR akan bergabung untuk menyelaraskan gerak kerja kempen kali ini.

“Dyana mempunyai sikap profesional dan berkemampuan untuk membawa suara rakyat dan bakal menjadi harapan kepimpinan generasi akan datang,” katanya.

Ahli Parlimen Rantau Panjang itu turut berpendapat perbezaan pengalaman politik tidak menjadi masalah utama kepada Dyana.

siti zailah oren 01“Daripada sikap latar belakang dan ketabahan ibunya yang sudah lama terbabit dalam politik, saya yakin Dyana akan menjadi pemimpinan wanita yang berwibawa dan membawa suara warga Teluk Intan.

“Walaupun umur muda, tetapi dia berfikiran matang, bahkan sikap dan ketegasan prinsip yang ada sangat mengagumkan kami. Dia tidak seperti setengah anak muda lain yang mudah terpengaruh dengan habuan dan sanggup bersama DAP untuk berjuang demi rakyat,” katanya.

Zailah berkata, peluang yang diberikan itu seharusnya menjadi panduan kepada anak muda negara ini untuk terus bersama PR dalam membela generasi akan datang.