Categories
SELANGOR

Selesai Benua Asia, Zahariz cadang berbasikal ke Himalaya

Oleh: SYASYA SUFIAN

SHAH ALAM, 1 JAN: Zahariz Khuzaimah, bekas pensyarah di sebuah kolej swasta yang membuat keputusan berbasikal secara solo merentasi benua Asia akan kembali menyambung pengembaraannya ke Himalaya, Tibet.

Zahariz berkata, beliau akan memulakan pengembaraan selama setahun dalam masa beberapa minggu lagi.

ZAHARIZ“Azam tahun ini, saya akan berbasikal ke Himalaya bagi mengembang dan menambah pengalaman selain melihat dan rasai perkara baru terutama bahasa ibunda mereka.

“Himalaya menjadi pilihan kerana saya sangat berminat ingin mengetahui lebih lanjut tentang kehidupan penduduk disana termasuk adat dan budaya mereka,” katanya kepada Selangor Kini.

Beliau berkata demikian sewaktu ditemui selepas slot ‘Sejam bersama Zahariz Khuzaimah’ di Liqa’ Ukhwah bertempat di Pusat Konvensyen Shah Alam, di sini, hari ini.

Katanya, bagi anak muda yang berniat memulakan langkah pengembaraan, mereka tidak perlu merancang kerana kebiasaannya perkara yang dirancang tidak selalu menjadi.

ZAHARIZ PAMERAN (1)“Sebenarnya nak travel ni tak perlukan duit yang banyak. Saya memulakan pengembaraan dengan kos yang sedikit.

“Saya mengembara hanya dengan basikal, beg perkemahan dan minum air sungai. Kos sara hidup di Kuala Lumpur sebenarnya lebih tinggi daripada kita keluar mengembara,” katanya.

Beliau menasihatkan anak muda supaya tidak gentar untuk keluar mengembara melihat kehidupan lain kerana disitu mereka akan peroleh lebih banyak idea, mengenal orang baru dan peluang lebih cerah dalam setiap perkara kerana keberanian yang semakin tinggi dalam diri.

-nR-

RAKAMAN : Liqa’ Ukhwah 2016 Dengan Basikal Aku Menjelajah – Zahariz Khuzaimah

Memperihalkan penjelajahan berbasikal yang dilakukan oleh Zahariz Khuzaimah. Sama-sama kita saksi dan mendengar pengalaman beliau sepanjang pengembaraan beliau