Categories
NASIONAL SELANGOR

PKNS Anjur Seminar Integriti

SHAH ALAM 9 JUN : Perbadanan Kemajuan Negeri Selangor (PKNS) dengan kerjasama Asian Strategy & Leadership Institute (ASLI) akan menganjurkan Seminar Pembinaan Integriti di Kalangan Sektor Awam dan Swasta pada 11 Jun ini.

Menurut Pengurus Perhubungan Awam PKNS, Ishak Hashim, persidangan yang turut mendapat sokongan Kerajaan Negeri dan Transparency International (IM) itu juga akan dirasmikan oleh Menteri Besar, Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim.

“Persidangan sehari di Shah Alam Convention Centre itu antara lain bertujuan untuk berkongsi amalan terbaik dalam pengurusan integriti dan etika.

“Ia akan turut membincangkan amalan tadbir urus korporat yang baik serta bagaimana ia dapat membantu dalam kejayaan sesebuah organisasi atau perniagaan,” jelas Ishak dalam satu kenyataan akhbar.

Majlis penutup persidangan pula akan disempurnakan oleh Timbalan Setiausaha Kerajaan Negeri (Pembangunan), Datuk Noordin bin Sulaiman.

Mereka yang berminat untuk menyertai seminar boleh terus mendaftar pada hari tersebut dengan yuran pendaftaran yang dikenakan adalah sebanyak RM300 seorang.

Untuk sebarang pertanyaan, orang ramai boleh menghubungi Ishak sendiri di talian 03-5520 1245 atau 012-6633 651 selain boleh menghantar email ke [email protected].

Leave a Reply

Your email address will not be published.