Categories
NASIONAL

Kempen ‘Di manakah Keadilan Untuk Teoh Beng Hock’ dilancar

SHAH ALAM 12 JULAI: Keluarga mendiang Teoh Beng Hock melancarkan kempen “To Be Teoh Lee Lan In 1 Minutes’ bagi mengajak rakyat Malaysia menyelami sendiri kesedihan andai keluarga mereka tidak mendapat pembelaan sepenuhnya di muka pengadilan.

Kempen ini bermaksud rakyat Malaysia bertindak sebagai kakak mendiang, Teoh Lee Lan dan bertanyakan soalan ‘Di manakah keadilan untuk Teoh Beng Hock’ ketika bertemu dan berjabat tangan dengan semua wakil rakyat kerajaan BN..

“Kalau rakyat berjabat tangan menyuarakan soalan keluarga kita, “Di manakah keadilan untuk Teoh Beng Hock” atau berkata ‘wakil rakyat BN, boleh tumpang tanya di manakah keadilan untuk Teoh Beng Hock?

“Program ini akan berlangsung kini sehingga Pilihan Raya Umum Ke -13(PRU-13). Dalam tempoh masa ini wakil BN menziarahi banyak tempat. Kita berharap sesiapa yang mengambil berat boleh menjadi Lee Lan dalam masa satu minit,” kata Lee Lan ketika ditemubual secara eksklusif oleh TV Selangor.

Menurut Lee Lan, program ini terbuka kepada seluruh rakyat Malaysia yang berani dan mahukan keadilan dengan syarat soalan diajukan secara sopan kepada wakil kerajaan BN.

Kempen ini turut dipromosikan di laman Sosial Facebook menerusi fanpage ‘Malaysians For Beng Hock2’.

Pada 5 Januari 2011, mahkamah memberikan keputusan ‘terbuka’ berhubung punca kematian Bekas pembantu Exco Selangor Teoh Beng Hock, 30 yang ditemui mati di tingkat lima, Plaza Masalam, Shah Alam selepas beliau memberikan keterangan di pejabat SPRM Selangor yang terletak di tingkat 14 bangunan tersebut.

Dengan keputusan terbuka itu bermakna mahkamah tidak dapat memutuskan punca yang membawa kepada kematian Teoh yang dibacakan oleh Koroner Azmil Muntapha Abas

Koroner Azmil menolak teori bahawa Teoh mati kerana dibunuh ataupun membunuh diri.

Laporan meluas kes ini ekoran Teoh ditemui meninggal dunia selepas beberapa jam disoal siasat oleh SPRM mengenai dakwaan penyalahgunaan peruntukkan Kerajaan Selangor yang menyaksikan 37 saksi dipanggil memberikan keterangan termasuk patologis Thailand yang terkenal Dr Pornthip Rojanasunand.

Dr Pornthip mendakwa Teoh mungkin dibunuh, menyebabkan mayat Teoh digali semula untuk bedah siasat kedua.

 

Video Berkaitan: 12072012 To Be Teoh Lee Lan For 1 Minute

Leave a Reply

Your email address will not be published.