6 tahun berlalu, SPRM masih belum mahu temui keluarga Teoh Beng Hock

Keluarga mendiang Teoh Beng Hock yang ditemui mati semasa membantu siasatan SPRM datang dari jauh untuk mendengar penjelasan dari badan itu. 6 tahun sudah berlalu, namun tiada pegawai mahu menemui mereka.

Categories
SELANGOR

Keluarga Beng Hock demo depan pejabat SPRM tuntut penjelasan

Oleh: AFIX REDZUAN

SHAH ALAM, 19 MAC: Keluarga mendiang Teoh Beng Hock mendesak penjelasan Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) Selangor berhubung kenaikan jawatan tiga kakitangannya yang terlibat dengan siasatan kes kematian bekas pembantu Exco negeri itu.

Adik mendiang, Teoh Lee Lan berkata, mereka memberi tempoh seminggu untuk SPRM memberi penjelasan dan bertemu keluarganya di Melaka.

Demo Teoh Beng Hock depan SPRM (1)Sebelum itu, hampir 30 orang terdiri daripada ahli keluarga dan penyokong berkumpul di perkarangan bangunan Perbadanan Kemajuan Pertanian Negeri Selangor (PKPS) yang menempatkan pejabat SPRM Selangor bagi mendesak Ketua Pengarahnya turun memberikan penjelasan.

Mereka turut membawa kain rentang yang memaparkan tiga nama iaitu Hishamuddin Hashim, Md Anuar Ismail dan Md Ashraf Md Yunus yang didakwa dinaikkan pangkat.

Demo Teoh Beng Hock depan SPRM (7)Namun, penantian menjadi hampa apabila beliau tidak turun sebaliknya polis meminta semua mereka bersurai secara aman.

Beng Hock, 30, ditemui mati di tingkat lima Plaza Masalam, tempat terletaknya ibu pejabat SPRM Selangor sebelum ini, pada pagi 16 Julai 2009.

-NFN-

Categories
SELANGOR

Himpunan aman desak buka kes Teoh Beng Hock esok di SPRM

SHAH ALAM 19 MAC: Perhimpunan aman “Justice is Dead” anjuran Teoh Beng Hock Trust for Democracy akan diadakan pada 19 Mac (esok) jam 10:30 pagi di depan pejabat Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) Selangor di sini.

Ahli Parlimen Petaling Jaya Utara, Tony Pua berkata perhimpunan itu ekoran Mahkamah Rayuan pada September tahun lalu menukar keputusan terbuka kes kematian Beng Hock dan memutuskan kematiannya itu akibat tindakan menyalahi undang-undang oleh seorang atau beberapa orang yang tidak dikenali.

 teoh beng hock mak kakakNamun keputusan Mahkamah Rayuan diumumkan melebihi setengah tahun, Polis dan Jabatan Peguam Negara bertindak berlengah-lengah dalam menyiasat semula kes tersebut.

Terlebih-lebih pula dua pegawai SPRM yang terlibat dalam kes kematian Teoh Beng Hock bukan sahaja tidak dikenakan tindakan disiplin atau hukuman, bahkan dinaikkan pangkat.

“Merujuk kenyataan PDRM terkini, kami mengalu-alukan pihak polis membuka semula siasatan serta merta dan menubuhkan satu pasukan khas bagi menyiasat kes kematian Teoh Beng Hock.

“Kami berharap siasatan menyeluruh dijalankan secepat mungkin bagi memastikan keadilan kepada semua pihak termasuk keluarga mendiang Teoh Beng Hock,” kata Tony Pua dalam kenyataan media.

Katanya, beliau menyeru kepada semua pihak turun berhimpun secara aman supaya menunjukkan ketidakpuasan terhadap tindakan menaikkan pangkat 2 pegawai SPRM.

EZY

PDRM jangan senyap, dedah perkembangan terbaru kes kematian Beng Hock

Kementerian Dalam Negeri (KDN) dan Polis Diraja Malaysia (PDRM) diminta supaya memberikan setiap perkembangan terbaru siasatan terhadap kes kematian Pembantu Politik DAP, Teoh Beng Hock.

Categories
NASIONAL

PDRM jangan senyap, dedah perkembangan terbaru kes kematian Beng Hock

Oleh: AFIX REDZUAN

KUALA LUMPUR, 14 OKT: Kementerian Dalam Negeri (KDN) dan Polis Diraja Malaysia (PDRM) diminta supaya memberikan setiap perkembangan terbaru siasatan terhadap kes kematian Pembantu Politik DAP, Teoh Beng Hock.

Ahli Parlimen Rasah, Teo Kok Seong berkata, kes itu berprofil tinggi dan beliau merasakan perkembangan terkini siasatan perlu dimaklumkan.

“Saya rasa, rakyat Malaysia mahu tahu apakah yang sedang berlaku dan dijalankan polis untuk memastikan mereka yang bersalah dapat dihadapkan ke mahkamah.

Teoh-Beng-Hock-as-he-was“Saya menyeru KDN dan PDRM dapat mendedahkan segala kerja penyiasatan kepada rakyat Malaysia kerana kita mahu siasatan yang telus, yang mana tiada pihak boleh menyembunyikan kebenaran proses siasatan dilakukan,” katanya dalam sidang media di lobi Parlimen, di sini, hari ini.

Menteri Dalam Negeri, Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi dalam jawapan lisan berhubung soalan yang dikemukakan Kok Seong memaklumkan, satu pasukan khas ditubuhkan Jabatan Siasatan Jenayah Bukit Aman bagi menyiasat punca kematian Beng Hock dengan mengambil kira keputusan Mahkamah Rayuan.

Mahkamah Rayuan dalam keputusannya pada 5 September lalu, memutuskan kematian Beng Hock adalah kematian dalam tahanan apabila ditahan Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) dan menolak dakwaan mangsa membunuh diri.

Keputusan itu sekali gus mengenepikan keputusan Mahkamah Koroner dalam inkues kematian Teoh Beng Hock.

-NFN-

Categories
NASIONAL

Salahkan perjuangkan keadilan Teoh Beng Hock?

Oleh: SYAZWANI SUFIAN

SHAH ALAM, 23 JULAI: Ketua Polis Negara (KPN) Tan Sri Khalid Abu Bakar Khalid cuba mengelirukan rakyat apabila beliau cuba mengambil tindakan terhadap Lim Kit Siang selepas gagal mencari pihak yang bertanggungjawab di atas kematian Teoh Beng Hock.

Setiausaha Agung DAP, Lim Guan Eng berkata apakah ia satu jenayah di Malaysia atas usaha memperjuangkan keadilan dalam menegakkan kebenaran yang menimpa Teo Beng Hock.

 teoh beng hock mak kakakLim Kit Siang didakwa atas kesalahan di bawah Akta Hasutan menyatakan bahawa Teoh Beng Hock dibunuh dan pesalah sebenar belum ditahan dalam sebuah artikel di laman The Rocket, 16 Julai lalu.

“Dengan jelas KPN tiada belas kasihan dan kejam kerana tidak memahami perasaan kehilangan seorang ahli keluarga,” katanya dalam satu kenyataan media.

Guan Eng berkata keluarga Teoh Beng Hock tanpa ragu-ragu menolak sebarang andaian atau implikasi bahawa beliau menyebabkan kematiannya sendiri.

“Ia adalah tugas pihak polis menyelesaikn kes ini dan mencari pembunuhnya,” katanya lagi.

Teoh Beng Hock, 30, merupakan setiausaha politik Exco Selangor Ean yong Hian Wah, dijumpai mati pada 16 Julai, 2009 di koridor tingkat lima Plaza Masalam di Shah Alam, selepas beliau memberi satu kenyataan di pejabat Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM).

“Apakah salah bagi Lim Kit Siang menulis artikel beliau mendapatkan keadilan kes pembunuhan Teoh Beng Hock?

“Jika KPN ingin mengambil tindakan terhadap Lim Kit Siang, adalah lebih baik KPN mengambil tindakan ke atas seluruh 37 Ahli Parlimen dan 105 Ahli Dewan Undangan negeri kerana kami memegang prinsip yang sama,” katanya lagi.

EZY

Categories
NASIONAL

Pegawai SPRM bohong dalam kes kematian Beng Hock

SHAH ALAM, 29 MEI: Mahkamah Rayuan diberitahu bahawa pegawai Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) adalah suspek utama kes kematian pembantu politik DAP, Teoh Beng Hock dan keterangan mereka perlu dilayani dengan berhati-hati.

Peguam Gobind Singh yang mewakili keluarga Beng Hock, berhujah keterangan saksi bebas ketika inkues di Mahkamah Koroner Shah Alam mendedahkan pegawai SPRM tidak bercakap benar.

Beliau mendakwa terdapat keterangan bahawa pegawai berkenaan menggunakan kekerasan terhadap Beng Hock sebelum ditemui mati, pada 16 Julai 2009.

Teoh-Beng-Hock-as-he-wasHujahnya, Mahkamah Koroner tidak harus mengggunakan standard bukti lebih tinggi untuk mencapai keputusan terbuka dalam kes Beng Hock.

“Terdapat cukup alasan untuk Koroner mencapai keputusan bahawa kematian adalah secara pembunuhan atau oleh orang yang hadir di pejabat SPRM, tempat si mati ditahan semalaman,” katanya di hadapan penel tiga hakim Mahkamah Rayuan dipengerusikan Datuk Mohamad Ariff Md Yusof.

Dua lagi anggota panel adalah Datuk Mah Weng Kwai dan Datuk Dr Hamid Sultan Abu Backer.

Memetik BERNAMA, Gobind Singh berhujah Mahkamah Koroner dan Mahkamah Tinggi Shah Alam yang mengekalkan keputusan terbuka inkues itu, gagal mengambil kira bahawa inkues itu lebih kepada usaha mencari fakta dalam memastikan sama ada wujud elemen jenayah dalam kematian Beng Hock.

Sementara itu, pihak pendakwa raya yang diwakili Timbalan Pendakwa Raya Nadia Hanim Tajudin dan Mohamad Abazafree Mohd Abbas, berhujah keterangan empat pakar termasuk pakar forensik British, Prof Dr Peter Vanezis ketika inkues itu mendapati kecederaan dialami Beng Hock adalah konsisten dengan kecederaan akibat jatuh.

Nadia Hanim berkata, hanya pakar dipanggil perayu (abang Beng Hock, Teoh Meng Kee), pakar patologi Thailand, Dr Pornthip Rojanasunand tidak bersetuju dengan pandangan itu dengan merumuskan 80 peratus adalah homisid (pembunuhan) dan 20 peratus bunuh diri dengan kecederaan pada leher Beng Hock mungkin akibat jerutan.

Katanya, Dr Pornthip lebih banyak bergantung kepada gambar diambil sebelum bedah siasat pertama dan pakar patologi itu tidak pernah hadir ketika autopsi dilakukan.

 teoh beng hock mak kakak“Beliau membuat spekulasi dan tidak konsisten ketika memberikan pandangannya terutama berkenaan kecederaan di leher Beng Hock. Dr Pornthip juga tidak pernah pergi ke tempat kejadian,” katanya.

Hakim Mohamad Ariff memerintahkan kedua-dua pihak memfailkan hujahan bertulis dalam dua minggu sebelum mahkamah menetapkan tarikh untuk menyampaikan penghakiman.

Meng Kee memfailkan rayuan terhadap keputusan Mahkamah Koroner, pada 5 Januari 2010 yang memberi keputusan terbuka bahawa kematian Beng Hock bukan disebabkan bunuh diri atau dibunuh dan juga tiada pihak ketiga terbabit dalam kematian itu.

Beng Hock, 30, ditemui mati di tingkat lima Plaza Masalam, tempat terletaknya ibu pejabat SPRM Selangor sebelum ini, pada pagi 16 Julai 2009.

Selepas Mahkamah Koroner memberikan keputusan terbuka itu, Meng Kee memfailkan permohonan di Mahkamah Tinggi bagi keputusan itu disemak semula, namun Mahkamah Tinggi Shah Alam menolak permohonan semakan itu, pada 1 Disember 2011.

Meng Kee memperoleh kebenaran daripada Mahkamah Rayuan, pada 2 Februari 2013 untuk merayu terhadap keputusan Mahkamah Tinggi itu.

Categories
NASIONAL

Beng Hock bukan mati dibunuh, jadi?

KUALA LUMPUR, 28 MEI: Mahkamah Rayuan Putrajaya diberitahu bahawa kematian pembantu politik kepada Exco Selangor, Teoh Beng Hock bukan kes bunuh kerana mendakwa tiada sebarang unsur jenayah dalam kematiannya.

Timbalan Pendakwa Raya, Mohamad Abazafree Mohd Abbas berhujah bahawa berdasarkan keterangan saksi ketika inkuiri dijalankan di Mahkamah Koroner, tiada sebarang unsur jenayah dalam kematian Beng Hock.

“Oleh itu, Hakim Rayuan (Mahkamah Tinggi) tidak terkhilaf apabila bersetuju dengan keputusan Mahkamah Koroner bahawa kematian bukan homisid dan keterangan pakar berkenaan “pre-fall injuries” tidak menyokong pencarian homisid,” hujahnya dalam rayuan di hadapan panel tiga hakim Mahkamah Rayuan diketuai Hakim Datuk Mohamad Ariff Md Yusof, di Putrajaya, semalam.

 teoh beng hock mak kakakMemetik BERNAMA, Abazafree berkata, berdasarkan keterangan itu juga tidak ada kepastian punca sebenar yang menyebabkan mendiang jatuh ke atas koridor tingkat 5, Plaza Masalam, Shah Alam.

Katanya, keputusan Hakim Rayuan yang mengekalkan keputusan terbuka oleh Mahkamah Koroner adalah tepat dan betul di sisi undang-undang.

Abazafree berhujah bahawa jelas daripada keterangan saksi itu juga tidak ada sebarang keterangan bahawa kematian Beng Hock diakibatkan pegawai Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) atau sesiapa sahaja.

Beliau berkata, sebarang pihak tidak pernah mempertikaikan bahawa punca kematian mendiang adalah akibat daripada “multiple injuries due to fall from height” (kecederaan akibat jatuh dari tempat tinggi) berkenaan tanda kecederaan pada bahagian lehernya.

Hujahnya lagi, walaupun ada keterangan daripada ahli kimia Dr Seah Lay Hong berkenaan “one other unknown male contributor” (seorang penyumbang lelaki yang tidak diketahui) dikesan pada tali pinggang mendiang, tetapi tiada sebarang keterangan langsung yang mengaitkan bahawa adanya pihak ketiga yang mengakibatkan kematian mendiang.

Teoh-Beng-Hock-as-he-wasBeliau berkata, berdasarkan keterangan juga tiada sebarang tanda pergelutan berlaku atau senjata ditemui di tempat kejadian.

“Oleh itu, tiada keterangan yang menunjukkan bahawa mendiang dibunuh atau adanya tekanan juga ugutan yang membawa kepada kematian si mati,” katanya.

Mohamad Abazafree berkata demikian dalam rayuan dikemukakan oleh Teoh Meng Kee, iaitu abang kepada mendiang terhadap keputusan Mahkamah Koroner, pada 5 Januari 2010 yang memberikan keputusan terbuka bahawa kematian Beng Hock bukan disebabkan bunuh diri atau dibunuh dan tiada pihak ketiga terbabit dalam kematian itu.

Perkembangan mengejutkan itu merungkai banyak persoalan dan misteri berhubung kematian mangsa yang akhirnya disimpulkan sebagai bukan kes bunuh.

Beng Hock, 30, pembantu kepada Ean Yong Hian Wah ditemui mati di tingkat lima Plaza Masalam, tempat terletaknya Ibu Pejabat SPRM Selangor sebelum ini, pada 16 Julai 2009.

Selepas Mahkamah Koroner memberikan keputusan terbuka itu, Meng Kee memfailkan permohonan di Mahkamah Tinggi bagi keputusan itu disemak semula, namun Mahkamah Tinggi Shah Alam menolak permohonan semakan itu, pada 1 Disember 2011.

Meng Kee memperoleh kebenaran daripada Mahkamah Rayuan untuk merayu terhadap keputusan Mahkamah Tinggi itu, pada 2 Februari 2013.

Pendengaran di hadapan Hakim Mohamad Ariff yang bersidang bersama-sama Hakim Datuk Mah Weng Kwai dan Hakim Datuk Dr Hamid Sultan Abu Backer bersambung hari ini.

TERUS TERANG : 3 Tahun Berlalu, Mana Keadilan Untuk Beng Hock -TEOH LEE LAN

Sinopsis:
Saksikan Program Terus-Terang bersama Teoh Lee Lan yang menyeru orang ramai memainkan peranan sebagai dirinya dalam menuntut pembelaan diatas kematian abang beliau, Mendiang Teoh Beng Hock.

 

Categories
NASIONAL

Kempen ‘Di manakah Keadilan Untuk Teoh Beng Hock’ dilancar

SHAH ALAM 12 JULAI: Keluarga mendiang Teoh Beng Hock melancarkan kempen “To Be Teoh Lee Lan In 1 Minutes’ bagi mengajak rakyat Malaysia menyelami sendiri kesedihan andai keluarga mereka tidak mendapat pembelaan sepenuhnya di muka pengadilan.

Kempen ini bermaksud rakyat Malaysia bertindak sebagai kakak mendiang, Teoh Lee Lan dan bertanyakan soalan ‘Di manakah keadilan untuk Teoh Beng Hock’ ketika bertemu dan berjabat tangan dengan semua wakil rakyat kerajaan BN..

“Kalau rakyat berjabat tangan menyuarakan soalan keluarga kita, “Di manakah keadilan untuk Teoh Beng Hock” atau berkata ‘wakil rakyat BN, boleh tumpang tanya di manakah keadilan untuk Teoh Beng Hock?

“Program ini akan berlangsung kini sehingga Pilihan Raya Umum Ke -13(PRU-13). Dalam tempoh masa ini wakil BN menziarahi banyak tempat. Kita berharap sesiapa yang mengambil berat boleh menjadi Lee Lan dalam masa satu minit,” kata Lee Lan ketika ditemubual secara eksklusif oleh TV Selangor.

Menurut Lee Lan, program ini terbuka kepada seluruh rakyat Malaysia yang berani dan mahukan keadilan dengan syarat soalan diajukan secara sopan kepada wakil kerajaan BN.

Kempen ini turut dipromosikan di laman Sosial Facebook menerusi fanpage ‘Malaysians For Beng Hock2’.

Pada 5 Januari 2011, mahkamah memberikan keputusan ‘terbuka’ berhubung punca kematian Bekas pembantu Exco Selangor Teoh Beng Hock, 30 yang ditemui mati di tingkat lima, Plaza Masalam, Shah Alam selepas beliau memberikan keterangan di pejabat SPRM Selangor yang terletak di tingkat 14 bangunan tersebut.

Dengan keputusan terbuka itu bermakna mahkamah tidak dapat memutuskan punca yang membawa kepada kematian Teoh yang dibacakan oleh Koroner Azmil Muntapha Abas

Koroner Azmil menolak teori bahawa Teoh mati kerana dibunuh ataupun membunuh diri.

Laporan meluas kes ini ekoran Teoh ditemui meninggal dunia selepas beberapa jam disoal siasat oleh SPRM mengenai dakwaan penyalahgunaan peruntukkan Kerajaan Selangor yang menyaksikan 37 saksi dipanggil memberikan keterangan termasuk patologis Thailand yang terkenal Dr Pornthip Rojanasunand.

Dr Pornthip mendakwa Teoh mungkin dibunuh, menyebabkan mayat Teoh digali semula untuk bedah siasat kedua.

 

Video Berkaitan: 12072012 To Be Teoh Lee Lan For 1 Minute

Categories
NASIONAL

Isu Teoh Beng Hock: Tempoh 14 Hari Untuk Keluarga Buat Rayuan

PUTRAJAYA 2 FEB : Mahkamah Rayuan hari ini membenarkan keluarga mendiang Teoh Beng Hock membuat rayuan terhadap keputusan Mahkamah Tinggi Shah Alam sebelum ini yang menolak kebenaran membuat semakan kehakiman berhubung keputusan terbuka inkues kematian mendiang.

“Jadi Mahkamah hari ini bersetuju untuk memberikan kami kebenaran untuk membawa isu undang-undang ini untuk kami mendapatkan satu keputusan berkenaan perkara berkenaan,” jelas peguam keluarga mendiang, Gobind Singh Deo.

Sehubungan itu, pihak keluarga Beng Hock diberi masa selama 14 hari untuk memfailkan notis rayuan bermula daripada hari ini dan mahkamah akan mengumumkan tarikh perbicaraan.

Antara pimpinan Pakatan Rakyat yang hadir memberi sokongan moral ialah Penasihat DAP, Lim Kit Siang, Pengerusi DAP, Karpal Singh, Ketua Wanita Parti Keadilan Rakyat, Zuraidah Kamaruddin, Ahli Parlimen Batu, Tian Chua, dan Ahli Parlimen Lembah Pantai, NUrul Izzah.

Paling mencuri tumpuan adalah kehadiran anak mendiang Beng Hock yang baru mencecah usia 2 tahun selain kehadiran kedua ibubapa dan keluarga mendiang.

Selain itu, puluhan penyokong juga turut hadir memakai t-shirt dan banner tertera kata-kata sokongan demi menegakkan keadilan dalam perbicaraan kes kematian mendiang Beng Hock.

Beng Hock ditemui mati pada 16 Julai 2009 di koridor tingkat 5 Plaza Masalam, Shah Alam selepas hadir memberi keterangan di Pejabat Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) yang terletak di tingkat 14 bangunan berkenaan.