Categories
SELANGOR

NGO Mahu Kerajaan Negeri Ambil Balik Pengurusan Air

PETALING JAYA, 24 JULAI : Pertubuhan bukan kerajaan (NGO) di bandaraya ini menyokong usaha Kerajaan Negeri mengambilalih operasi industri air Selangor dan membantah penswastaannya seperti yang berlaku sekarang.

Langkah Kerajaan Negeri pimpinan Pakatan Rakyat (Pakatan) dilihat mengutamakan kehendak rakyat yang jelas memerlukan air sebagai barangan keperluan asas dalam kehidupan.

Mereka juga menolak usaha untuk mencatu air atau ?water rationing?, yang mahu dikendalikan oleh Syabas baru-baru ini.

Walaupun mereka menyokong dasar pemberian 20 metre padu air percuma, NGO yang hadir pada sesi dialog bajet Selangor 2013 meminta supaya ia dihadkan kepada isi rumah yang berpendapatan bawah RM3,000 sebulan.

Presiden Persatuan Penduduk Bandaraya Sri Damansara, T S Gooi berkata, Kerajaan Negeri mengambil pendekatan yang menguntungkan masyarakat Selangor yang ketika ini menanggun kos sara hidup yang tinggi.

Sehubungan itu, katanya, pihaknya mengalu-alukan langkah penstrukturan semula industri air kerana pengguna tidak seharusnya dibebankan dengan tarif air yang tinggi yang hanya menguntungan pihak tertentu.

“Dasar yang akan dipraktikkan Kerajaan Negeri ini bagus yang mana ia memihak kepada kepentingan rakyat dan kita menyokong langkah ini.

“Penswastaan air juga dilihat tidak wajar kerana ia boleh meningkatkan tarif air. Kita juga berharap banyak lagi pendekatan yang mesra rakyat akan diperkenalkan demi menjaga kepentingan rakyat di Selangor,” katanya.

Gooi berkata demikian kepada TVSelangor selepas Majlid Dialog Bajet Selangor 2013 peringkat Majlis Bandaraya Petaling Jaya (MBPJ) di sini hari ini.

Antara cadangan yang dikemukan NGO lain pada sesi dialog itu adalah menggalakkan sistem ‘rain water harvesting’ (penuaian air hujan), mengadakah kempen penjimatan air dan memasang meter air individu di semua rumah bertingkat.

Slug : NGO Mahu Kerajaan Negeri Ambil Balik Pengurusan Industri Air

Oleh Hafizan Taib

Tarikh : 24 JULAI 2012

ends

Leave a Reply

Your email address will not be published.