Categories
SELANGOR

Pulau Pinang Bakal Menjadi Lokasi Pelabur Korea

SHAH ALAM, 16 OGOS: Pulau Pinang diharap bakal menjadi lokasi pelaburan yang sesuai kepada Korea yang ingin melabur atau mengembangkan lagi kemudahan mereka di Malaysia.

Ini berikutan Ketua Menteri Pulau Pinang, Lim Guan Eng akan mengadakan lawatan ke seoul, Korea mulai 16 Ogos sehingga 18 Ogos 2012.

Semasa lawatan dua hari ini, Guan Eng akan mempromosikan Pulau Pinang dan dijangka akan mengadakan pertemuan dengan beberapa pelabur Korea yang berpotensi dalam bidang elektronik, semikonduktor, peralatan bioperubatan dan industri berkaitan hijau.

Beliau akan diiringi isterinya YB Betty Chew, Pengurus Besar Invest Penang, Cik Loo Lee Lian , Eksekutif Kanan InvestPenang, Lee Yoeu Chek, Pegawai Khas Pelaburan kepada Ketua Menteri, Jeffrey Chew.

Leave a Reply

Your email address will not be published.