Categories
NASIONAL

Rafizi Ditahan Bawah Akta Bafia di Shah Alam

SHAH ALAM 1 OGOS: Pengarah Startegi PKR, Rafizi Ramli hari ini ditahan polis di kediamannya dan dibawa ke Mahkamah Sesyen Shah Alam untuk dibicarakan atas tuduhan mengikut Akta Bank dan Institusi Kewangan (Bafia) 1989.

Dakwaan tersebut dipercayai mempunyai kaitan dengan pendedahan yang dilakukan beliau terhadap transaksi akaun bank milik ahli keluarga Ketua Wanita Umno, Datuk Seri Sharizat Jalil sebelum ini.

Memetik laporan portal berita Keadilan Daily hari ini, rumah beliau diserbu kira-kira jam 7.00 pagi untuk dibawa ke balai polis Hulu Klang.

Kira-kira sejam kemudian beliau dibawa ke Mahkamah Sesyen Shah Alam dan proses pertuduhan ke atasnya dipercepat kepada jam 9 pagi.

Bagaimanapun kira-kira jam 10.20 pagi tadi, Rafizi memaklumkan kepada TV Selangor, beliau baru sahaja memasuki mahkamah.

“Saya baru nak masuk mahkamah(court), baru nak masuk court,” katanya dalam keadaan tergesa-gesa.

Dalam laporan yang sama turut menyebut bahawa Rafizi difahamkan, bekas kerani Public Bank Bhd, Johari Muhamad turut ditahan polis dan dijangka turut dihadapkan di mahkamah yang sama.

Sebelum ini, Johari dikatakan salah seorang pemberi maklumat mengenai pembelian hartanah mewah keluarga Sharizat di KL Eco City.

Leave a Reply

Your email address will not be published.