Categories
NASIONAL

Pemuda Pas : Belanjawan 2013 PR, Bukti Kesediaan Ke Putrajaya


SHAH ALAM,27 SEPT : Belanjawan 2013 yang dibentangkan Pakatan Rakyat (PR) adalah bukti gagasan itu merangka strategi alternatif ekonomi nasional yang amat relevan untuk diangkat sebagai tawaran pembaharuan sebenar.

Ketua Dewan Pemuda PAS, Nasrudin Hassan Tantawi berkata,Belanjawan PR ini adalah terjemahan konsep negara berkebajikan bagi memastikan kekayaan negara tidak berkisar di kalangan penguasa dan pemodal semata-mata.

Ujarnya,Belanjawan PR 2013 yang bertemakan “Ekonomi Rakyat Negara Berkat” tepat memberi penekanan memacu kebajikan rakyat dengan meningkatkan pendapatan sebenar rakyat dan mengurangkan tekanan kos sara hidup.

Ia juga membina kumpulan rakyat berkeusahawanan dengan daya saing kompetitif dan mendaya masyarakat untuk mencapai keadilan.

“Kelak Umno-BN dan pengampu-pengampu mereka tidak boleh lagi berhujah bahawa PakatanĀ  cuma pandai beretorik dan membuat omongan kosong.

Ianya kerana Belanjawan PR ini buat kesekian kalinya telah menjelaskan tawaran kita secara objektif, profesional dan bijaksana,” kata Nasrudin dalam kenyataan medianya.

Semalam, Pakatan Rakyat mengumumkan Belanjawan Alternatif 2013 berjumlah RM 234 bilion.

Leave a Reply

Your email address will not be published.