Categories
NASIONAL

Ulama: Al-Quran Juga Galakkan Kita Berdebat

SHAH ALAM, 23 OKT: Menganggap debat bukan budaya masyarakat Malaysia adalah suatu yang menghairankan apabila kerajaan sendiri menganjurkan debat di peringkat sekolah menengah.

Malah pertandingan debat terunggul di peringkat institusi pengajian tinggi awam dinamakan Debat Piala Perdana Menteri.

Al-Quran turut menganjurkan umatnya supaya berdebat untuk mencari kebenaran dalam sesuatu isu.

Jadi amat menghairankan mengapa Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak mengatakan debat ?bukan budaya masyarakat Malaysia? apabila diajak untuk berbuat demikian, kata panelis di dalam Wacana Sinar terbaru semalam.

“Dalam Al-Quran ada sebutkan debatlah mereka dengan cara lebih baik, jadi harus diingat budaya atau bukan budaya, itu aturan Al-Quran menghadapi idea,? kata Presiden Wadah Dr Siddiq Fadzil, seorang panelis Wacana tersebut.

Seorang lagi panelis Datuk Dr Mohd Asri Zainal Abidin pula berkata, debat bukan sahaja diterima di dalam Al-Quran malah negara-negara barat mempraktikkannya sebagai salah satu proses untuk melaksanakan demokrasi di negara mereka.

“Debat diiktiraf oleh dunia atau di negara besar yang menganggapnya begitu demokratik seperti di Amerika debat presiden dah masuk pusingan ke tiga untuk rakyat mereka menilai.

“Kita tak semestinya terus jadi pemimpin. Mungkin suatu hari nanti kita tak jadi pemimpin kita memerlukan wacana ini. Ketika itu barulah kita kata kita memerlukan dialog.

“Bagaimana ketika itu orang lakukan perkara yang sama seperti apa kita lakukan ketika berkuasa. Debat adalah sesuatu yang baik,” ujar beliau lagi.

Dalam isu sama, Pensyarah Kulliyah Ilmu Wahyu dan Sains Kemanusiaan Dr Maszlee Malik berkata Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak seharusnya tidak bimbang untuk berdebat dengan mana-mana pihak yang mencabar beliau.

“Saya kira sekiranya Datuk Seri Najib kalau tak mahukan debat kita boleh namakan dialog, wacana atau berseloka atau beramah mesra dan dia akan dikenang dalam sejarah sebagai PM pertama yang memulakan budaya global ini.

“Ini akan memberi mata tinggi kepada beliau, jadi beliau tak perlu takut,” kata Dr Maszlee lagi.

Leave a Reply

Your email address will not be published.