Categories
SELANGOR

264 Projek Infrastuktur Berjaya Dibawah Geran Selangorku

SHAH ALAM 19 NOV : Sebanyak 264 projek pembangunan infrastuktur di seluruh Selangor dibangunkan di bawah Geran Selangorku bagi tempoh sehingga pertengahan Oktober 2012.

Ia merangkumi sembilan daerah dengan anggaran perbelanjaan sejumlah RM37.4 sudah dibelanjakan.

Hal itu merangkumi antaranya penurapan, mengecat, membaiki jalan dan longkang, penambahan dan pembaikan semula lampu jalan, pelebaran jalan, pembinaan jalan lorong, dataran pantai, jalan rizab serta pembaikan pembetung daripada tersumbat.

Menteri Besar, Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim berkata demikian dalam ucapan pembentangan Belanjawan 2013.

“Pentadbiran dan pembangunan di negeri Selangor dilaksanakan dengan corak yang agak berbeza daripada negeri-negeri lain. Konsep Hasil Negeri Untuk Rakyat disebarkan di seluruh pentadbiran negeri.

“Modal pelaksanaannya juga bukan sekadar datang daripada peruntukan belanjawan negeri. Kerajaan Negeri kreatif dengan menggunakan sumber-sumber lain bagi meningkatkan pelaburan pembangunan infrastruktur,” katanya ketika mengulas status pelaksanaan Geran Selangorku berjumlah RM300 Juta.

Beliau menambah, bagi infrastruktur sukan, sebanyak RM30 juta diperuntukkan dan dianggarkan sebanyak RM6 juta dibelanjakan untuk 35 projek sudah diluluskan meliputi sembilan daerah itu.

Bagi program-program bukan fizikal pula, sebanyak 62 projek diluluskan di bawah Geran Selangorku dengan perbelanjaan sebanyak RM7.48 juta dibelanjakan.

Program-program tersebut meliputi pemerkasaan wanita, sokongan pendidikan, keusahawanan muda, penggerak pembangunan luar bandar, kebajikan kepada pekerja, pembasmian rasuah dan penyelewengan, pengenalan gaji minimum, pengukuhan budaya dan pengukuhan demokrasi.

“Pelaksanaan program di bawah Geran Selangorku akan turut dipergiatkan pada tahun 2013,” katanya.

Leave a Reply

Your email address will not be published.