Categories
SELANGOR

Isu Kondo : Nama Jawatankuasa Bertindak Diumum Minggu Depan

SHAH ALAM, 1 NOV : Kerajaan Negeri akan mengumumkan senarai nama yang akan menyertai jawatankuasa bertindak bagi memberikan pandangan dan nasihat berhubung isu pembinaan kondominium di Batu Caves selepas Mesyuarat Exco minggu depan.

Menteri Besar, Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim berkata, senarai nama itu hanya akan diumumkan setelah mendapat persetujuan daripada mereka yang dicadangkan.

“Nama-nama itu masih menjadi rahsia dan kita hanya akan umumkan selepas mesyuarat exco dan setelah mendapat persetujuan daripada mereka. Dianggarkan antara lima hingga tujuh orang akan terlibat dalam jawatankuasa itu,” katanya dalam sidang media selepas mempengerusikan Mesyuarat Exco, di sini.

Kerajaan Negeri sebelum ini mengumumkan akan menubuhkan satu jawatankuasa bertindak bagi memberikan pandangan dan nasihat berhubung pelaksanaan pembangunan di sekitar Batu Caves.

Penubuhan jawatankuasa ini diharap akan memberikan nasihat yang adil dan saksama berkenaan pelaksanaan pembangunan yang sesuai dilakukan di kawasan itu.

Abdul Khalid berkata, beliau akan membuat kajian dan menggunakan kepakaran semua berhubung isu pembangunan itu bagi mengelakkan sebarang spekulasi daripada mana-mana pihak.

Leave a Reply

Your email address will not be published.