Categories
SELANGOR

Nurul Izzah Kecewa Kenyataan Disalah Taksir

SHAH ALAM, 5 NOV : Ahli Parlimen Lembah Pantai, Nurul Izzah Anwar melahirkan kekecewaan apabila kenyataannya berkenaan aqidah umat Islam disalah taksir oleh sesetengah pihak.

Dalam satu kenyataan media Izzah menegaskan beliau sentiasa mendukung program pendidikan dan dakwah untuk memperkukuhkan aqidah dan meningkatkan kefahaman terhadap Islam.

Beliau melahirkan kekesalan kerana terdapat usaha pihak tertentu yang cuba memutarbelitkan kenyataannya seolah-olah dia meremehkan soal aqidah atau mudah menerima umat Islam yang memilih untuk murtad.

Dalam satu sesi soal jawab,apabila ditanya berkenaan isu paksaan dalam agama melibatkan masyarakat Melayu. Jawapan saya menegaskan “Tidak ada paksaan dalam agama (Islam)….” – daripada ayat suci Al Quran, Surah Al-Baqarah, ayat 256. Ungkapan ini merangkumi seluruh umat manusia.

“Namun ditambah, saya berpegang pada pendirian umum sedia ada iaitu setelah memeluk Islam, seorang Muslim tertakluk dengan Syariat Islam; sebagaimana seorang warganegara tertakluk dengan Perlembagaan Persekutuan,” katanya.

Beliau menjawab soalan ini sebagai seorang panelis di forum bertajuk “Islamic State: Which version? Whose responsibility?” di sini baru-baru ini.

Nurul Izzah menambah, dia berdoa agar Allah SWT memberi petunjuk dan hidayah kepada semua demi kesejahteraan bersama.

 

Leave a Reply

Your email address will not be published.