Categories
SELANGOR

AES : Kerajaan Negeri Berbincang Dengan LLM

mb

PUNCAK ALAM 23 FEB : Kerajaan Negeri akan berbincang dengan Lembaga Lebuhraya Malaysia (LLM) berhubung bidang kuasa yang dimiliki Kerajaan Negeri.

Perkara ini jelas Menteri Besar, Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim berikutan keputusan Mahkamah Tinggi berhubung pemasangan struktur dua tiang Kamera Penguatkuasa Automatik (AES) yang dipasang di lebuhraya di dalam kawasan Sepang di mana menyatakan ia adalah bidang kuasa Kerajaan Persekutuan.

Kerajaan Negeri akan memanggil pihak terlibat bagi menyatakan hal berhubung keputusan mahkamah itu bagi memberikan penjelasan status perkembangan terkini.

“Adakah kuasa itu ada jika ada bagaimana untuk memantau kuasa tersebut jika tiada kuasa adakah Kerajaan Negeri tidak dibenarkan untuk menentukan pembangunan-pembangunan di dalam negeri Selangor

“Bukan sahaja tanah di negeri Selangor tetapi juga tanah-tanah milikan yang diberikan Kerajaan Selangor kepada Kerajaan Persekutuan.

“Perkara ini perlu sebab apa-apa keputusan akan memberikan kesan,” kata Abdul Khalid.

Kerajaan Negeri tidak mempunyai hasrat untuk menghalang sebarang projek pembangunan di bawah Kerajaan Persekutuan di negeri itu.

Namun ia memerlukan penjelasan untuk memahami lebih lanjut bidang kuasa yang dimiliki antara Kerajaan Persekutuan dan Kerajaan Negeri seperti yang termaktub di dalam perlembagaan.

Beliau berkata demikian selepas Program Jom Shopping Warga Emas yang diadakan di Pasaraya Econsave Alam Jaya di sini.

“Jika tidak ada bagaimana negeri untuk mendapatkan kuasa tersebut, apakah saya akan menulis kepada lembaga,”katanya.

Kerajaan Negeri juga akan memantau projek-projek yang sedang berjalan dan tidak ada halangan bagi pembangunan projek yang sedang berjalan itu.

“Arahan ialah teruskan usaha tetapi memberitahu kepada saya mana projek-projek yang sedang berjalan, sekurang-kurangnya kita tahu apa projek yang sedang berjalan,” katanya.

Leave a Reply

Your email address will not be published.