Categories
NASIONAL

DEBARAN Tangani Rasuah

logo SPRM
SHAH ALAM, 25 FEB : Bagi menangani rasuah dan kronisme daripada terus berleluasa, Pakatan Rakyat (PR) akan memperkenalkan Dasar Banteras Rasuah Negara (Debaran) yang akan memberdayakan sepenuhnya Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM).

Dasar tersebut melibatkan reformasi pimpinan SPRM supaya lebih berintegriti dan merubah undang-undang sedia ada untuk meningkatkan keberkesanan mencegah rasuah.

PR turut akan mempertimbangkan pemberian kuasa pendakwaan kepada SPRM, menurut Manifesto PR yang dilancarkan di sini hari ini.

Selain itu, prosedur dan amalan SPRM akan dirombak supaya memberikan tumpuan kepada siasatan dan pendakwaan terhadap kes-kes rasuah besar yang melibatkan kepentingan awam.

Ini bagi membuang persepsi bahawa SPRM hanya menumpukan kes-kes kecil sedangkan rasuah pembesar negara dipadamkan.

Di samping itu, undang-undang rasuah dan yang berkaitan (termasuk Akta Perlindungan Pemberi Maklumat) akan diperketatkan bagi usaha ini.

ends

Leave a Reply

Your email address will not be published.