Categories
SELANGOR

Jom Shopping Ceriakan Persiapan Tahun Baru Cina

voucherRM100

BANDAR TUN RAZAK, 3 FEB: Persiapan sempena menyambut Tahun Baru Cina kali ini sungguh bererti buat Lee Sieec Kong, 65, apabila beliau terpilih untuk menyertai program Jom Shopping.

Meskipun ianya hanya pemberian baucar beli belah bernilai RM 100, namun jumlah itu sudah memadai buat beliau membeli barangan keperluan perayaan.

“Perasaan gembira mahu sambut raya macam biasa. “Tahun ini sambut perayaan di sini sahaja,” katanya ketika sibuk memilih barangan keperluan.

Bagi pasangan Jebalan Saravanan dan Rajeswari Belldan, mereka mencadangkan agar pemberian ini diberikan setiap tahun kepada warga emas dan mereka yang berpendapatan rendah.

“Terima kasih diatas pemberian ini. Kami menerimanya dengan gembira.

“Kalau boleh buat setiap tahun agar lebih ramai dapat merasainya,” katanya lagi.

Mereka antara 200 warga emas pelbagai kaum yang menyertai siri terbaru Program Jom Shopping peringkat Parlimen Bandar Tun Razak yang berlangsung di Pasaraya Giant Viva di sini hari ini.

Bagi Mariatul Pakeh, beliau melahirkan penghargaan dan ucapan terima kasih kepada Kerajaan Selangor yang prihatin dengan keperluan rakyat ekoran peningkatan kos barangan keperluan harian.

Pengelola program Jom Shopping itu, Osman Karim menyatakan, program kali ini disertai hampir 80 peratus kaum Tiong Hua memandangkan mereka bakal menyambut Tahun Baru Cina hujung minggu ini.

“Kita dapati sambutan agak menggalakkan dan mereka merasai faedah yang dibuat Kerajaan Selangor untuk warga emas.

“Kita juga telah melakukan lebih 20 sesi Jom Shopping. Setiap kali kita menganjurkannya, terdapat penyertaan daripada kaum berbeza dan keutamaan diberikan kepada kaum yang bakal menyambut perayaan dalam masa terdekat,” ujar beliau lagi.

Tambah Othman, pihak Pejabat Khidmat Parlimen Bandar Tun Razak mengadakan program ini dua minggu sekali.

Leave a Reply

Your email address will not be published.