Categories
SELANGOR

Kenaikan harga gula beri kesan sambutan Deepavali

deepavali

deepavali2BANDAR TUN RAZAK 29 OKT: Kesan pemotongan subsidi gula sebanyak RM0.34 yang diumumkan Kerajaan Barisan Nasional (BN) pada pembentangan Belanjawan Negara 2014 memberi kesan sempena sambutan perayaan Deepavali, pada 2 November ini.

Peningkatan harga daripada 2.50 sekilogram kepada RM2.84 dilihat menjadi beban kepada masyarakat India kerana kuih-muih terutama manisan yang sinonim dengan mereka menggunakan gula.

Pemotongan subsidi yang berkuatkuasa, pada 26 Oktober lalu, dibuat atas alasan mengurangkan jumlah pesakit diabetes yang agak membimbangkan di Malaysia, selain dapat menjimatkan perbelanjaan negara sebanyak RM64.02 juta tahun ini dan RM551.25 juta bagi 2014.

Mulai 26 Oktober lalu, harga gula dinaikkan daripada RM2.50 sekilogram kepada RM2.84 selepas pengumuman pemansuhan subsidi sebanyak RM0.34 dibuat Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak pada pembentangan Bajet 2014 sehari sebelum itu.

Beberapa individu yang ditemui pada majlis penyerahan sumbangan Sambutan Deepavali peringkat Parlimen Bandar Tun Razak melahirkan kekecewaan di atas keputusan kerajaan itu.

Penduduk, K Palanivel, ketika ditemui melahirkan kekecewaan ekoran kenaikan harga barangan sebelum sambutan Deepavali dan bebanan yang ditanggung rakyat mungkin tidak terlalu dirasakan, jika kenaikan dilaksanakan selepas sambutan perayaan itu.

“Memang kenaikan barangan tidak perlu berlaku dan saya sangat sedih dengan tindakan kerajaan ini. Bukan saya seorang, tetapi smeua rakyat Malaysia  makan gula, jadi keputusan ini memang tidak wajar berlaku, apatah lagi ketika sambutan Deepavali hampir tiba,” katanya.

Bagi seorang lagi penduduk, M Sarojini, kenaikan harga gula menyebabkan dia terpaksa mengatur perbelanjaan berhemah bagi menghadapi perayaan Deepavali.

“Perbelanjaan terpaksa dikurangkan kerana saya bimbang barangan lain akan turut naik disebabkan peningkatan harga gula,” katanya.

Majlis penyerahan itu disempurnakan isteri Ahli Parlimen Bandar Tun Razak, Puan Seri Salbiah Tunut sambil diiringi Ahli Parlimen berkenaan yang juga Menteri Besar Selangor, Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim, di sini, malam tadi.

Sempena sambutan Deepavali, Parlimen Bandar Tun Razak memberikan sumbangan wang tunai RM50 beserta barangan keperluan seperti beras, gula dan tepung kepada 100 penduduk kurang berkemampuan sekitar kawasan berkenaan. -NFN-

deepavali3

Fitnah Beli Lembu Korban : Bekas Pesuruhjaya Setuju Mohon Maaf Kepada MB Selangor – INFO 12


 

Sinopsis

Info 12 Untuk 190322013

Saksikan secara langsung “INFO 12” yang bersiaran pada hari ISNIN hingga JUMAAT setiap jam 12.00 tengahari. Pelbagai info dan maklumat yang kami sediakan untuk anda.

Paparan menarik untuk 19 MAC 2013 :

1. Bekas Pesuruhjaya SPRM, Datuk Seri Ahmad Said Hamdan bersetuju mengemukakan permohonan maaf kepada Menteri Besar, Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim berhubung kes saman malu melibatkan pembelian lembu korban pada tahun 2009.

2. Liputan TVSelangor ke program Jom Shopping Parlimen Bandar Tun Razak mendapati sambutan positif kumpulan warga emas yang terus mendapat manfaat daripada hasil kekayaan Selangor.

3. Sambutan menggalakkan daripada ibubapa terhadap bantuan tambang bas sekolah menyebabkan Kerajaan Negeri bercadang untuk memperluaskan skim tersebut di kalangan keluarga berpendapatan rendah.

Layari http://www.selangorkini.net

Categories
SELANGOR

Jom Shopping Ceriakan Persiapan Tahun Baru Cina

voucherRM100

BANDAR TUN RAZAK, 3 FEB: Persiapan sempena menyambut Tahun Baru Cina kali ini sungguh bererti buat Lee Sieec Kong, 65, apabila beliau terpilih untuk menyertai program Jom Shopping.

Meskipun ianya hanya pemberian baucar beli belah bernilai RM 100, namun jumlah itu sudah memadai buat beliau membeli barangan keperluan perayaan.

“Perasaan gembira mahu sambut raya macam biasa. “Tahun ini sambut perayaan di sini sahaja,” katanya ketika sibuk memilih barangan keperluan.

Bagi pasangan Jebalan Saravanan dan Rajeswari Belldan, mereka mencadangkan agar pemberian ini diberikan setiap tahun kepada warga emas dan mereka yang berpendapatan rendah.

“Terima kasih diatas pemberian ini. Kami menerimanya dengan gembira.

“Kalau boleh buat setiap tahun agar lebih ramai dapat merasainya,” katanya lagi.

Mereka antara 200 warga emas pelbagai kaum yang menyertai siri terbaru Program Jom Shopping peringkat Parlimen Bandar Tun Razak yang berlangsung di Pasaraya Giant Viva di sini hari ini.

Bagi Mariatul Pakeh, beliau melahirkan penghargaan dan ucapan terima kasih kepada Kerajaan Selangor yang prihatin dengan keperluan rakyat ekoran peningkatan kos barangan keperluan harian.

Pengelola program Jom Shopping itu, Osman Karim menyatakan, program kali ini disertai hampir 80 peratus kaum Tiong Hua memandangkan mereka bakal menyambut Tahun Baru Cina hujung minggu ini.

“Kita dapati sambutan agak menggalakkan dan mereka merasai faedah yang dibuat Kerajaan Selangor untuk warga emas.

“Kita juga telah melakukan lebih 20 sesi Jom Shopping. Setiap kali kita menganjurkannya, terdapat penyertaan daripada kaum berbeza dan keutamaan diberikan kepada kaum yang bakal menyambut perayaan dalam masa terdekat,” ujar beliau lagi.

Tambah Othman, pihak Pejabat Khidmat Parlimen Bandar Tun Razak mengadakan program ini dua minggu sekali.

Categories
NASIONAL

SAMM Kecam Pelaku Tidak Bertamadun Ganggu Jelajah Merdeka Rakyat

SHAH ALAM, 6 NOV : Solidariti Anak Muda Malaysia (SAMM) Selangor mengecam tindakan tidak bertamadun pihak yang melakukan provokasi semasa program Siri Jelajah Merdeka Rakyat di Selangor baru-baru ini.

Penyelaras SAMM Selangor, Azhar Achil berkata, usaha mengupah anak muda mencabut dan membakar bendera parti komponen Pakatan Rakyat (PR) adalah satu usaha tidak bermoral.

Menurutnya, tindakan pihak tersebut dilakukan pada awal pagi iaitu sekitar jam 4 pagi ketika program dijalankan di utara Selangor.

“Sebagai anak muda yang tinggal di dalam negeri maju seharusnya anak muda bersama-sama mengangkat Selangor dengan menyumbangkan buah fikiran dan kepakaran dalam segala bidang.

“Anak muda tidak sepatutnya diperkudakan demi kepentingan politik sempit oleh mana-mana pihak. Anak muda juga dinasihatkan tidak melakukan provokasi dan membuat kacau dalam sebarang program yang dilakuan oleh mana-mana pihak,” katanya dalam kenyataan media di sini hari ini.

Azhar menyeru supaya anak muda bangkit menyertai atau mengadakan perhimpunan aman dengan isu relevan seperti jika berlaku penghinaan terhadap agama, penyelewengan dan rasuah pemimpin negara dalam isu Scorpene (kapal selam) serta kontrak benih padi yang ?terseleweng’.

Walaupun provokasi berlaku, beliau berkata, Siri Jelajah Merdeka Rakyat tetap mendapat sambutan di luar jangkaan yang bermula dari Parlimen Bandar Tun Razak (Pekan Sungai Besi), Parlimen Tanjung Karang (Warung Ibu Nasi Ambeng), Parlimen Sungai Besar (Tapak Uptown Sungai Besar), Parlimen Sabak Bernam (Bagan Nakhoda Omar) serta Parlimen Hulu Selangor (Felda Sungai Tengi, Bukit Beruntung, Pekan Rasa dan Pusat Bandar Baru Batang Kali).

Tegasnya, SAMM Selangor mengulangi pendirian supaya anak muda berhenti melakukan tindakan tidak bertamadun dan bersama-sama memberi kerjasama memajukan negeri ke tahap lebih tinggi.