Categories
NASIONAL SELANGOR

Lima Juta Rakyat Selangor Bakal Dapat Saham Air

air-syabas_MB1

SHAH ALAM : Setiap rakyat Selangor bakal mendapat saham industri air sekirannya Pakatan Rakyat diberi mandat mentadbir Selangor sekali lagi dalam pilihanraya umum akan datang.

Menteri Besar Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim menjelaskan ini akan berlaku apabila Kerajaan Negeri berjaya mengambilalih industri air Selangor.

?Bukan susah untuk menggira. Ada lima juta rakyat Selangor. Kerajaan Negeri tawarkan RM 9.65 bilion. Jika saham RM 2,000 kali dengan lima juta jumlahnya RM 10 bilion.

?Setiap rakyat Selangor akan dapat saham. Jadi pulangan dari industri air boleh beri untung kepada kita dan anak cucuk kita,? Abdul Khalid berkata semasa melancarkan jentera pilihanraya Ijok di Ijok, Kuala Selangor semalam.

Dilaporkan sebelum ini bahawa empat syarikat swasta yang mengurus industri air Selangor sudah memberi respons positif terhadap tawaran RM 9.65 bilion dari Kerajaan Negeri untuk mengambilalih operasi mereka.

Sekiranya proses pengambilalihan berjaya, Kerajaan Negeri akan mengurus seluruh industri air Selangor supaya pengguna diberi bekalan yang cekap, cukup dan pada harga yang berpatutan.

Abdul Khalid berkata penawaran saham air merupakan penterjemahan cita-citanya sebagai Menteri Besar yang mahu rakyat Selangor memiliki kekayaan negeri.

?Semasa saya dalam PNB (Permodalan Nasional Berhad) saya tinggalkan ASB (Amanah Saham Bumiputra) dan ASN (Amanah Saham Nasional) untuk rakyat Malaysia.

?Bila saya jadi MB, cita-cita saya adalah untuk rakyat Selangor memiliki saham air.?

Beliau berkata usaha ini juga adalah perlaksanaan prinsip PR, iaitu untuk membawa perubahan bagi rakyat.

?Pemimpin Umno-BN tidak boleh buat macam ini. Hanya Pakatan yang boleh. Bayangkan jika kita boleh beri milik sebahagian Selangor kepada rakyatnya, bagaimana pula jika kita tadbir Malaysia?

?PR boleh beri perasaan bahawa Malaysia milik rakyatnya dan bukan milik orang lain?.

 

 

Leave a Reply

Your email address will not be published.