Categories
BERITA UTAMA SELANGOR

Pengambilalihan SPLASH: Borhan sangkal tuduhan Abdul Khalid

OLEH ZAREEF MUZAMMIL

SHAH ALAM, 2 MEI: Setiausaha Politik Dato’ Menteri Besar, Borhan Aman Shah menyangkal tuduhan Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim, yang antara lain menuduh Kerajaan Negeri membayar 10 kali lebih banyak daripada nilai sepatutnya kepada pemegang konsesi Syarikat Pengeluar Air Sungai Selangor Sdn Bhd (SPLASH).

Ahli Dewan Negeri Tanjung Sepat itu dalam kenyataan berkata, pengambilalihan SPLASH dibiayai Pengurusan Aset Air Berhad (PAAB), sebuah agensi Kerajaan Persekutuan dengan jumlah RM1.9 bilion dan Pengurusan Air Selangor Sdn Bhd (Air Selangor) dengan jumlah RM650 juta melalui bayaran ansuran tahunan untuk tempoh selama sembilan tahun.

Katanya, tuduhan mantan Dato’ Menteri Besar itu tidak benar sama sekali kerana pengambilalihan itu tidak membabitkan sebarang peruntukan kewangan daripada Kerajaan Negeri dan distrukturkan dengan pembayaran secara jangka panjang.

“Selain itu, Abdul Khalid turut menuduh Kerajaan Negeri tidak cermat, berhemah dan bertanggungjawab dalam mengurus kewangan negeri. Ini adalah satu tuduhan yang tidak berasas.

“Sepanjang pentadbiran Abdul Khalid, beliau melaksanakan 14 program Merakyatkan Ekonomi Selangor (MES). Kemudian, program terbabit diperbaiki dan dipertingkatkan keberkesanannya menjadi Inisiatif Peduli Rakyat (IPR).

“Pada 2014 iaitu tahun terakhir beliau menjadi Dato’ Menteri Besar, Abdul Khalid hanya membelanjakan sejumlah RM278 juta untuk MES berbanding pada tahun lalu di mana Kerajaan Negeri membelanjakan RM628 juta untuk IPR, lebih dua kali ganda lebih besar untuk manfaat rakyat Selangor.

“Ini adalah bukti Kerajaan Negeri menguruskan kewangan negeri dengan cekap, bertanggungjawab dan berhemah serta sentiasa memastikan kebajikan rakyat menjadi keutamaan,” katanya.

Pada masa sama, Borhan menyeru rakyat Selangor supaya memberi sepenuh keyakinan kepada Kerajaan Negeri yang sentiasa berusaha gigih untuk memberikan perkhidmatan terbaik kepada rakyat.

“Langkah penstrukturan semula industri air berjaya memberi manfaat kepada rakyat Selangor. Hasilnya ketika gangguan bekalan air baru-baru ini, Air Selangor berjaya menyelesaikan isu terbabit lebih awal dari jangkaan.

“Langkah efisien ini adalah hasil dari kedudukan Air Selangor sebagai operator tunggal bekalan air selepas penyelesaian penstrukturan industri bekalan air.

“Kerajaan Negeri akan sentiasa mengutamakan agenda peduli rakyat bagi memastikan kehidupan rakyat Selangor terus makmur dan sentosa,” katanya.

Pada 27 April lalu, Abdul Khalid memuat naik catatan di Facebook yang menyatakan rakyat Selangor mungkin antara paling malang kerana selain pemberian air percuma kepada setiap isi rumah akan dibatalkan, tarif air pula akan dinaikkan.

Beliau mendakwa, hal itu adalah kesan dan akibat langsung daripada tindakan Kerajaan Negeri yang tunduk kepada pemegang konsesi SPLASH dengan membayar RM2.7 bilion iaitu 10 kali lebih banyak dari nilai sepatutnya dalam urusan penstrukturan semula industri air di negeri ini.

Isu air: Azmin mahu hadapi Khalid dalam DNS

Ketika ditanya pemberita mengenai permintaan penjelasan dari mantan Menteri Besar berhubung isu air Selangor, Dato’ Menteri Besar Mohamed Azmin Ali menggesa Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim supaya tujukan soalan secara terus di dalam Dewan Negeri Selangor.

Isu pampasan RM2.6 juta, MMKN tak terlibat

Exco Perumahan, Pengurusan Bangunan dan Kehidupan Bandar, Datuk Iskandar Abdul Samad menegaskan Ahli Majlis Mesyuarat Kerajaan Negeri (MMKN) tidak terlibat dengan keputusan bayaran pampasan RM2.6 juta kepada lapan pembantu mantan Menteri Besar, Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim.

SELCAT: Air lombong terawat selamat digunakan, pampasan kakitangan TSKI didedahkan

Pengerusi Jawatankuasa Pilihan Khas Mengenai Keupayaan, Kebertanggungjawaban dan Ketelusan Selangor (SELCAT) Hannah Yeoh berkata siasatan mendapati penggunaan air lombong terawat bagi menangani kesan musim panas yang lalu selamat digunakan, tetapi kontroversi boleh dielak sekiranya pentadbiran lalu menjalin komunikasi efektif dengan semua pihak berkepentingan.

SELCAT juga akan meneliti audit pampasan kepada kakitangan mantan Dato’ Menteri Besar, Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim, namun laporan itu telah didedahkan untuk pantauan awam.

Ucapan Perpisahan MB Selangor ke-14 (2008-2014) – Tan Sri Dato Sri Abdul Khalid Ibrahim

Sinopsis

“Bukan untuk Disebut dan Dikenang
Sekadar Tatapan Generasi Budiman…”

“Saya dengan tulus dan ikhlasnya memohon ampun dan maaf kepada anda sekalian terhadap apa sahaja tindakan dan tutur kata serta penampilan saya yang tidak disenangi hatta tidak dapat memuaskan hati, selama saya diberi kepercayaan oleh Duli Yang Maha Mulia Sultan untuk menjalankan tugas Dato’ Menteri Besar Selangor sejak Mac 2008 hingga 23 September 2014.

“Tidak dilupa, ucapan penghargaan dan terima kasih saya kepada seluruh penjawat awam, perbadanan dan syarikat-syarikat milik kerajaan negeri, kakitangan di Pejabat Dato’ Menteri Besar Selangor, SelangorKini, TV Selangor, dan seluruh wartawan dan pengamal media massa dan maya di seluruh negara, yang bekerja siang malam membuat liputan berita dan rencana mengenai pelbagai peristiwa dan ragam manusia di Selangor khususnya demi pengetahuan, makluman dan kemaslahatan rakyat serta negeri Selangor Darul Ehsan khsususnya, dan Malaysia seluruhnya,” – YAB Tan Sri Dato’ Seri Abdul Khalid Ibrahim

http://tv.selangorku.com

MB : Elaun KAFA RM1500 & kenaikan gaji kontrak giat diusahakan

Kerajaan Negeri ketika ini sedang berusaha untuk menaikkan elaun guru KAFA kepada RM1,500 sebulan.

Menteri Besar, Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim berkata beliau juga akan meminta pihak Kerajaan Pusat dan Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (JAKIM) untuk membantu menaikkan kadar elaun itu.

Katanya, usaha itu penting demi masa depan yang lebih terjamin ekoran peningkatan kos kehidupan seharian ketika ini.

Selangor anjur sambutan merdeka, rumah terbuka dan Hari Belia serentak 30 Ogos

Sambutan Ulang Tahun Kemerdekaan kali ke-57 akan dianjurkan Kerajaan Selangor pada Sabtu ini bermula jam 8.00 malam di Dataran Kemerdekaan, Shah Alam.

Menteri Besar, Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim, berkata selain sambutan kemerdekaan, Kerajaan Negeri turut mengambil peluang menganjurkan Rumah Terbuka Aidilfitri yang sepatutnya berlangsung 1 Syawal lalu tetapi dibatalkan susulan tragedi pesawat MH17.

Katanya sambutan berkenaan turut dipanjangkan ke hari berikutnya dengan penganjuran Hari Belia peringkat negeri Selangor di lokasi yang sama.

Abdul Khalid : Lebih satu nama calon MB dicadang pada 2008, 2013

Lebih daripada satu nama dicalonkan Pakatan Rakyat (PR) kepada Istana untuk jawatan Menteri Besar Selangor selepas Pilihan Raya Umum pada 2008 serta 2013 dan bukannya calon tunggal seperti didakwa.

Menteri Besar, Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim, berkata terdapat permohonan calon lain selain dirinya yang dicadangkan PKR dan PAS dari masa ke masa selepas kedua-dua PRU itu berlangsung.

Sehubungan itu, katanya tindakan PKR mencalonkan satu nama sahaja yang didakwa sejajar dengan konvensyen pencalonan menteri besar pada 2013 termasuk mengambil maklum titah Sultan Selangor adalah tidak tepat.

Sultan perkenan tangguh peletakan jawatan Abdul Khalid

DYMM Sultan Selangor, Sultan Sharafuddin Idris Shah mengambil maklum hasrat Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim untuk meletak jawatan sebagai Menteri Besar Selangor dan meminta supaya ia ditangguh sehingga lantikan baru selesai.

http://tv.selangorku.com

MB sahkan mengadap sultan esok

Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim memaklumkan akan menghadap DYMM Sultan Selangor, Sultan Sharafuddin Idris Shah esok bagi membincangkan isu jawatan Menteri Besar Selangor.

Selangor 3 terbaik pelaburan tertinggi di Malaysia sejak 2008

Selangor terus mencatat peningkatan memberangsangkan dan sentiasa berada dalam kedudukan tiga teratas dari segi sektor pelaburan di Malaysia sejak 2008 hingga 2013, kata Menteri Besar, Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim.

Exco:”Nak minta RM1 pun susah, MB cermat belanja wang rakyat”

Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim diakui seorang Menteri Besar yang cermat dan teliti dalam pentadbiran negeri terutama melibatkan perbelanjaan kewangan rakyat.

Exco Negeri, Dr Halimah Ali berkata sifat Abdul Khalid yang dikatakan sesetengah pihak ‘kedekut’ itu menunjukkan beliau begitu berhati-hati agar wang dibelanjakan memberi manfaat sebaiknya kepada rakyat.

Katanya, kelulusan hanya diberikan andai peruntukan yang diminta anggota Exco disertai pelan terperinci bagaimana wang berkenaan dibelanjakan.