Categories
SELANGOR

Mantan Jeneral Gesa Semak Semula Kawalan Sempadan

abdul ghafir konvesyen PR 01

SHAH ALAM, 2 MAC: Mantan Leftenan Jeneral (B) Datuk Abdul Ghafir Abdul Hamid menggesa kerajaan menyemak semula peralatan dan modus operandi pasukan keselamatan agar lebih efektif dalam mengawal persempadanan negara supaya tidak mudah lagi diceroboh.

Meskipun pantai Sabah panjang, beliau percaya kecekapan anggota keselamatan mampu mengawal perairan dengan baik.

“Kita kena tahu pantai dikawasan Sabah memang panjang. Peralatan dari segi radar misalnya boleh dikesan memandangkan banyak kapal melintasi secara sah dan tidak sah.

“Apabila kita set radar, kita memerlukan banyak sumber yang mana saya rasa tidak mencukupi untuk mengawal kawasan lebih besar.

“Kita kena semak semula benda ini. Semak semula dari segi peralatan dan teknik operasi yang lebih efektif dengan perlatan yang kita ada,” katanya kepada TV Selangor.

“Ada kegagalan kawalan perairan pantai. Secara asas, kawalan perairan pantai adalah tanggungjawab pasukan maritim.

“Memang kawasan itu luas, kita kena yakin. Walau macam manapun ada kegagalan dan boleh dibolosi orang (luar).

Laporan media hari ini menyatakan dua anggota komando polis VAT 69 yang terkorban dalam kejadian tembak-menembak di Lahad Datu, Sabah antara anggota polis dan penceroboh bersenjata Selantan Filipina.

Mereka adalah Inspektor Zulkifli Mamat dan Sarjan Sabaruddin Daud.

Manakala tiga yang tercedera ialah Koperal Mohd Tarmizi Hashim, Koperal Mohd Qaiyum Afzal Zulkifli dan Koperal Azman Ampong.

Dalam kejadiaan pukul 9.50 pagi itu, 12 penceroboh terbunuh. Mereka sebahagian daripada 180 pengikut ?Sultan Sulu? yang dikepung pasukan keselamatan di Felda Sahabat 17, Kampung Tanduo.

Kumpulan penceroboh itu telah berkampung di kawasan Lahad Datu selama lebih dua minggu bagi menuntut hakmilik kepada negeri Sabah yang mereka dakwa kepunyaan Kesultanan Sulu.

Secara peribadi beliau menyatakan, meskipun Kerajaan mahu menyelesaikan perkara ini secara aman, ada kalanya pendekatan itu merugikan negara.

Leave a Reply

Your email address will not be published.