Categories
NASIONAL SELANGOR

Negeri Pakatan : Bubar DUN 22 April – BULETIN 13


Sinopsis

BULETIN 13 Untuk 27032013

Saksikan secara langsung “BULETIN 13” yang bersiaran pada hari ISNIN hingga JUMAAT setiap jam 12.00 Tengahari, 3.00 Petang dan 6.00 Petang. Pelbagai info dan maklumat yang kami sediakan untuk anda.

Paparan menarik untuk hari ini :

1. Negeri-negeri Pakatan Rakyat akan menamatkan segala teka-teki berhubung tarikh pembubaran Parlimen bagi membolehkan Pilihanrayua Umum di adakan dengan menetapkan tarikh 22 April depan bagi membubarkan DUN.

2. Kepimpinan tertinggi pakatan Rakyat yang bersidang semalam menolak tawaran Menteri Penerangan Datuk Seri Rais Yatim untuk menyiarkan 10 minit rakaman Manifesto Pakatan Rakyat di RTM.

3. Datuk Seri Anwar Ibrahim menafikan dakwaan Ketua Menteri Sarawak, Tan Sri Abdul Taib Mahmud yang menuduh beliau mendalangi video pembongkaran salahguna kuasa Taib dan penyelewengan oleh keluarganya.

4. Penantian puluhan tahun penduduk Kampung Felda Bukit Cherakah untuk memiliki geran tanah akhirnya tercapai di bawah pentadbiran Kerajaan Pakatan Rakyat Selangor.

Leave a Reply

Your email address will not be published.