Categories
NASIONAL

Abdul Khalid Janji Selesaikan Masalah Taman Armada Putra

Masalah Taman Armada Putra 01

PELABUHAN KLANG, 28 APRIL: Penduduk di Taman Armada Putra boleh menarik nafas lega apabila Menteri Besar, Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim berjanji akan menyelesaikan masalah penyelenggaraan dan kerosakan bangunan terlibat.

Perkara ini akan disegerakan sebaik Kerajaan Pakatan Rakyat Selangor berjaya mengekalkan kerajaan selepas Pilihan Raya Umum Ke13 nanti.

Antara masalah yang menghantui unit perumahan pangsapuri di situ termasuklah kerosakan di bahagian bumbung dan keadaan bangunan yang kelihatan usang.

Abdul Khalid yang juga calon PKR DUN Pelabuhan Klang berkata beberapa kerosakan di bahagian bumbung sebelum ini berjaya diperbaiki dengan peruntukan Kerajaan Negeri sebelum ini.

Masalah Taman Armada Putra 02

“Sekarang kontraktor pangsapuri ini dah pun lari, jadi kita selesaikan secara berperingkat.

“Kita selesaikan, tetapi jangan tipu duit rakyat,” kata Abdul Khalid dalam satu lawatan di Armada Putra semalam.

Selain itu, jalan utama yang menghubungkan Armada Putra juga mengalami banyak kerosakan disebabkan menjadi laluan utama lori-lori kontena keluar dan masuk ke Pelabuhan Klang.

“Pelabuhan Klang buat duit lebih kurang RM2 bilion sebulan bermakna setahun kira-kira RM24 bilion.

“Orang Pelabuhan Klang dan Armada Putra dapat apa? Lori nak langgar kita adalah.

“Sebab itulah kalau saya menang di sini saya akan perjuangkan agar rakyat Pelabuhan Klang perolehi sekurang-kurangnya dua peratus dari pendapatan yang diperolehi Lembaga Pelabuhan Klang untuk membaiki jalan dan membaiki prasarana lain,” kata Abdul Khalid.

Masalah Taman Armada Putra 03

Sebelum itu, Abdul Khalid dengan diiringi isterinya, Puan Sri Salbiah Tunut sempat meluangkan masa bertemu dan beramah mesra dengan kaum wanita Pangsapuri Armada Putra.

Dalam program tersebut pelbagai acara diadakan termasuklah pertandingan memasak dan demontrasi menggayakan hijab dengan pelbagai fesyen.

Leave a Reply

Your email address will not be published.