Categories
NASIONAL SELANGOR

PKR Selangor Positif Menang 19 DUN, 11 Parlimen

Zuraidah Kamaruddin pink 01

PETALING JAYA, 15 APRIL : PKR Selangor positif berjaya tawan 19 kerusi DUN dan 11 kerusi parlimen di negeri ini pada Pilihan Raya Umum ke 13 (PRU13) nanti.

Timbalan Pengerusi PKR Selangor, Zuraida Kamarudin dalam satu sidang media di Ibu Pejabat PKR pagi tadi berkata keyakinan itu adalah susulan daripada culaan dan kajiselidik khusus yang dijalankan PKR.

“Dengan itu kita optimis dengan sasaran menang kerusi yang ditandingi sementara dua kerusi DUN lagi sedang dalam pemantauan dan menunjukkan perkembangan yang baik.

“Ini permulaan yang positif untuk kempen mempertahankan Kerajaan Pakatan Rakyat Selangor agar dasar-dasar pro rakyat boleh diteruskan untuk satu penggal lagi,” jelasnya yang turut diumum sebagai calon kerusi Parlimen Ampang.

Semalam, Ketua Umum PKR, Datuk Seri Anwar Ibrahim mengisytiharkan secara rasmi barisan 11 calon kerusi Parlimen dan 21 calon bagi kerusi DUN.

PKR turut menamakan tujuh orang calon wanita daripada 21 kerusi yang ditandingi PKR, memenuhi sasaran 30 peratus calon wanita di negeri ini.

Zuraida yang juga Ketua Wanita PKR optimis kesemua calon wanita tersebut termasuk dua muka baru; Tg Marziah Tg Sulaiman dan Dr Daroyah Alwi akan memenangi kerusi yang ditandingi.

“Dengan pengisytiharan calon-calon Parlimen dan DUN, maka persiapan PKR telahpun mencecah 95 peratus untuk menghadapi PRU13,” katanya.

Dalam perkembangan lain, beliau juga memberitahu kesemua persiapan lain seperti logistik, gerak kerja penerangan, kempen setempat dan manifesto Pakatan Rakyat telah siap sepenuhnya.

Leave a Reply

Your email address will not be published.