Categories
NASIONAL

Terkini Penamaan Calon PRU 13 : Kapar dan Kota Damansara Enam Penjuru, Subang Lima, Tiga Kerusi DUN Empat Penjuru

IMG01029-20130420-0845 small IMG01033-20130420-0920 small

gombak pencalonan 01

11.55 AM Beberapa kerusi di Selangor menyaksikan pertandingan antara lebih daripada tiga calon, iaitu kerusi parlimen Kapar, Subang dan kerusi-kerusi DUN Kota Damansara, Pandamaran, Teratai dan Kota Alam Shah.

Di SUBANG, Pengurus Pilihan Raya Parlimen Subang, Datuk Zulkefli Ahmad mengumumkan pertandingan lima penjuru di Parlimen Subang dan enam penjuru di Dun Kota Damansara.

Bagi Parlimen Subang calon PKR, R. Sivarasa akan berentap dengan calon BN, Prakash Rao, calon Berjasa dan dua bebas.

Manakala penyandang kerusi Dun Kota Damansara, Dr Nasir Hashim yang bertanding atas tiket PKR akan berhadapan dengan Halimaton Saadiah (BN), Ridzuan Ismail (PAS) dan tiga calon bebas.

11. 30 Pg Di SELAYANG, Parlimen Selayang  menyaksikan pertembungan tiga penjuru antara William Leong Jee Keen (PKR), Datuk Donald Lim Siang Chai (BN) dan calon muka baru, Mohd Hazizi Rahman (BERJASA).

Manakala DUN Kuang pula menyaksikan pertembungan calon antara Abdul Shukur Idrus (BN), Zahariman Abdul Latip (BEBAS) dan Tengku Maraziyah Tengku Sulaiman (PKR).

Sementara itu, DUN Rawang  masih kekal ditandingi Gan Pei Nei (PKR) menentang calon BN, Lee Li Yew.

DUN Taman Templer  juga kekal ditandingi Datuk Seri Subahan Kamal (BN) dengan menyaksikan dua calon baru iaitu Roslan Basaruddin (BEBAS) dan Zaidy Abdul Talib (PAS).

Kesemua naman calon yang bertanding itu diumumkan Pegawai Pengurus Pilihan Raya Parlimen Selayang, Mohd Azizi Mohd Zain di hadapan ibu pejabat Majlis Perbandaran Selayang (MPS) kira-kira pukul 10.55 pagi tadi.

11.20 pg Di Kerusi Parlimen KAPAR  enam borang pencalonan difailkan di Pejabat Tanah dan Daerah Klang.

Selain G Manivannan dari PKR dan A Sakthivel (MIC-BN), borang difailkan oleh Mohd Farhan dari Berjasa dan tiga calon Bebas, Nor Hamzah, Mohd Nazri dan A R Palaya.

11 pg Di Klang, kerusi DUN KOTA ALAM SHAH dan PANDAMARAN masing-masing bakal menyaksikan perlawanan empat penjuru selepas empat individu memfailkan kertas pencalonan di Dewan Hamzah Majlis Perbandaran Klang.

Di Pandamaran, calon DAP, Tan Pok Shyong ; calon BN Datuk Ching Eu Boon disaingi calon bebas, A.Deliganu yang merupakan veteran DAP dan Hamzah Lamin.

Manakala di Kota Alam Shah calon DAP, V. Ganabatirau, calon BN Maglin Dennis Dcruz yang juga Timbalan Menteri Penerangan, kebudayaan dan komunikasi disaingi LP Selvam dan bekas pengerusi DAP Teluk Pulai, Loo Hol Chai.

Bagi Kerusi Dun Pelabuhan Klang, hanya bekas Menteri Besar Selangor Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim dan Datuk Nassaruddin M Zin dari BN memfailkan kertas pencalonan.

Bagi Parlimen Klang, borang pencalonan difailkan oleh calon DAP dan penyandang Charles Santiago dan Datuk Teh Kim Poo dari BN.

klang early 01

 

10.50 AM  Di SABAK BERNAM, Kira-kira 2,500 penyokong Pakatan Rakyat berarak kira-kira 1.5 kilometer bagi memberikan sokongan kepada calon Parlimen Sabak Bernam, Dr Abdul Aziz Bari (PKR), DUN Sungai Air Tawar, Wahid Rais (PAS) dan DUN Sabak, Sallehen Mukhyi(PAS).

Mereka berkumpul seawal jam 7.00 pagi bagi memberikan dokongan dan sokongan kepada para calon dari Pakatan Rakyat.

Kesemua calon memasuki Pusat Penamaan Calon Di Dewan Tun Abdul Razak di sini pada kira-kira awal jam 9.00 pagi.

Dr Abdul Aziz Bari (54) merupakan Mantan Pensyarah UIAM yang juga pakar Undang-Undang Perlembagaan.

Setakat jam 10.45 pagi ini suasana terkawal dengan pihak Polis memisahkan penyokong PR dan Barisan Nasional dengan kawad berduri dalam jarak kira-kira 150 meter.

Penyokong BN hanya dianggarkan kira-kira 1,500.

PR Sabak pencalonan 01

Sementara di KUALA SELANGOR, suasana hari penamaan calon Pakatan Rakyat (PR) bagi kawasan Parlimen Kuala Selangor di Stadium Tertutup Kuala Selangor berlangsung aman dengan laungan selawat terhadap Nabi Muhammad s.a.w

Calon-calon Pakatan Rakyat seperti calon Pas Parlimen Kuala Selangor, Dr Dzulkefly Ahmad, calon PKR Dewan Undangan Negeri (DUN) Bukit Melawati, Manikavasagam Sundaram dan calon PKR bagi DUN Ijok, Dr Idris Ahmad dilihat memasuki Pusat Penamaan calon tepat pukul 9.13 pagi.

k selangor pencalonan

Di SUBANG  : Tepat jam 8.40 calon-calon PR bagi Parlimen Subang mula berarak dengan diiringi hampir 600 penyokong serta paluan gendang, kompang dan tarian singa.

Calon PKR parlimen Subang, R Sivarasa, Elizabeth Wong (Dun Bukit Lanjan), Mohd Khairuddin Othman (PAS-DunPaya Jaras) dan Dr Nasir Hashim masuk ke Dewan Serbaguna Bandar Utama untuk pencalonan kira-kira jam 9.00 tadi.

Selain BN yang sudah pasti menurunkan calon mereka, turut kelihatan calon Berjasa bersama penyokongnya.

Sehingga kini suasana hari pencalonan di sini berjalan dengan lancar.

Leave a Reply

Your email address will not be published.