Categories
NASIONAL

Terkini Penamaan Calon PRU 13: Rafizi Dicabar BN Dan Calon Bebas

IMAG0665 small

IMAG0666 new

PANDAN 20 APRIL :   Penamaan calon bagi Parlimen Pandan menyaksikan pertembungan sengit di antara Pakatan Rakyat dan BN serta kemunculan calon Bebas yang bakal menyertai PRU-13.

Parlimen Pandan dijangka melibatkan pertembungan tiga penjuru diantara calon PKR, Rafizi Ramli, calon MCA-BN, Gary Lim Chin serta calon Bebas Yee Allan Tan.

Allan Tan hadir sebagai calon menggantikan penyandang Parlimen Pandan, Datuk Seri Ong Tee Kiat yang menarik diri di saat akhir.

Rafizi yang tiba pada jam 9.05 pagi menyatakan keyakinan untuk menang tetapi perlu bekerja keras sekiranya melibatkan pertandingan tiga penjuru.

“Bila pertembungan beberapa penjuru kita perlu berkempen lebih kerap. Di sini majoriti kaum Cina dan pastinya akan menyaksikan pertembungan hangat.

“Kita akan berusaha sebaiknya terutama dalam meraih undi wanita Cina,” katanya sebelum bergerak ke dewan penamaan calon.

Sementara itu, turut mempertahankan kerusi yang dimenangi pada PRU-12 adalah Iskandar Abdul Samad bagi Dun Cempaka.

Iskandar tiba pada jam 8.50 pagi sambil diiringi penyokong Pakatan Rakyat. Parlimen Pandan

Iskandar dijangka berhadapan pertembungan satu lawan satu dengan calon Umno-BN, Muhammad Faizal Sufar.

Dun Teratai juga menyaksikan pertembungan tiga penjuru diantara calon DAP, Tiew Way Keng, calon MCA-BN Liew Pok Boon dan calon Bebas yang juga penyandang Jenice Lee.

IMG01029-20130420-0845 small

8.40pagi, calon-calon PR bagi Parlimen Subang mula berarak dengan diiringi hampir 600 penyokong serta paluan gendang, kompang dan tarian singa.

Calon PKR parlimen Subang, R Sivarasa, Elizabeth Wong (Dun Bukit Lanjan), Mohd Khairuddin Othman (PAS-DunPaya Jaras) dan Dr Nasir Hashim masuk ke Dewan Serbaguna Bandar Utama untuk pencalonan kira-kira jam 9.00 tadi.

Selain BN yang sudah pasti menurunkan calon mereka, turut kelihatan calon Berjasa bersama penyokongnya.

Sehingga kini suasana hari pencalonan di sini berjalan dengan lancar.

Leave a Reply

Your email address will not be published.