Balas Kepercayaan Rakyat Dengan Khidmat Lebih Baik

pakatan selangor

SHAH ALAMĀ  : Pakatan Rakyat (PR) yang diberi mandat baru bagi menerajui Kerajaan Negeri Selangor diminta lebih efisien membantu rakyat.

MemasukiĀ  penggal kedua pentadbiran, PR juga diminta lebih memperkasakan agenda Merakyatkan Ekonomi Selangor (MES) dengan memperkenalkan program baru di samping mengenalpasti kumpulan sasaran supaya segala bantuan dinikmati masyarakat lebih menyeluruh.

Ahmad Zakaria Talib, 43, dari Padang Jawa berkata, PR sudah membuktikan kemampuan dan dengan mandat baru ini, Kerajaan Negeri diminta menyegerakan segala bantuan kepada rakyat kerana sebelum ini terdapat rungutan yang mengatakan ada bantuan yang lambat diterima.

“Kerajaan Negeri diharap memperbanyakkan aktiviti melibatkan golongan belia supaya mereka ini lebih aktif dengan pelbagai aktiviti berguna,” katanya kepada Selangor Kini.

Bagi golongan muda seperti Zulkifli Zahari, 21, kejayaan PR mengekalkan mandat di Selangor adalah satu perkembangan OLYMPUS DIGITAL CAMERA positif kerana apa dirangka sebelum ini dapat diteruskan mengikut perancangan.

Beliau berharap Kerajaan Negeri boleh membantu golongan muda yang melanjutkan pelajaran ke pusat pengajian tinggi.

“Mengenai kemasukan ke IPTA dan IPTS, dari segi yuran IPTS mahal dan IPTA lebih murah tetapi masalah untuk masuk ke IPTA susah kerana bilangan pelajar yang ramai. IPTS perlu mengenakan bayaran yuran yang lebih fleksibel,” katanya.

Manakala Tan Kee Ying, 30, berharap masalah kutipan sampah di Selangor dapat di atasi dengan lebih baik supaya rakyat negeri ini menikmati kehidupan yang lebih baik.

“Saya berpuashati dengan Kerajaan Negeri PR kerana nampak kesungguhan untuk menambahbaik perkhidmatan kepada rakyat.

“Untuk penggal baru ini, semoga wang diagihkan kepada rakyat seperti orang msikin dibuat secara betul dan sistematik,” ujarnya.

OLYMPUS DIGITAL CAMERABagi warga emas, Suraman Mohd Shahir, 65, PR selaku pentadbir Kerajaan Negeri mesti memberikan perkhidmatan lebih baik kerana rakyat kini lebih percaya dengan keupayaan PR.

“Kali ini tentulah PR lebih bersedia dan lebih bertanggungjawab untuk membalas kepercayaan rakyat Selangor.

“Perubahan sperti dilaungkan – ‘Ini Kalilah’ maka kena berubahkah. Kena tunaikan segala janji,” katanya.

Leave a Reply

Your email address will not be published.