Categories
NASIONAL SELANGOR

Dr Nasir Sudah Agih Sumbangan Kepada 122 Masjid, Surau, Sekolah Agama

OLYMPUS DIGITAL CAMERA

KOTA DAMANSARA, 4 MEI: Masyarakat Islam Kota Damansara boleh berbangga apabila wakil rakyat yang dipilih pada 2008, Dr Mohd Nasir Hashim berjaya membuktikan rekod perkhidmatannya yang cemerlang sepanjang lima tahun.

Antara sumbangannya ialah mengagihkan sumbangan sebanyak RM264, 293 kepada 122 masjid, surau dan sekolah agama bagi menjalankan pelbagai akitiviti keagamaan.

Enggan berbangga dengan pencapaian itu, Dr Nasir menganggap ia merupakan sebahagian daripada tanggungjawab yang perlu dilaksanakan kepada masyarakat di sini.

“Kerja wakil rakyat adalah satu amanah yang besar, saya hanya jalankan tanggungjawab saya kepada masyarakat di sini yang jadi kewajipan saya,” kata Dr Nasir.

Sebelum ini Dr Mohd Nasir dari PKR diumumkan sebagai calon rasmi PR bagi mempertahankan kerusi DUN Kota Damansara yang dimenanginya dalam pilihan raya 2008 lalu.

Dr Nasir akan dicabar Halimaton Saadiah Bohan(BN), Halmi Omar (bebas), Edros Abdullah (bebas) dan A Supayyah(bebas).

Dalam isu lain, Dr Nasir memaklumkan penantian 30 tahun lebih penduduk Taman Segar yang layak memiliki tanah sendiri akan tercapai sedikit masa lagi.

Permohonan penduduk terbabit sudah dimajukan kepada Kerajaan Negeri.

“Saya dah berjumpa Pegawai Daerah, Datuk Zulkepli Ahmad beritahu temuduga akan dijalankan selepas Pilihan Raya Umum Ke 13 nanti untuk penduduk yang layak mendapatkan geran,” katanya lagi.

Sebelum ini atas usaha Dr Nasir, seramai 18 penduduk Kampung Melayu Subang Tambahan dan 16 penduduk Desa Subang Perantau 2 berjaya memperolehi geran tanah kediaman masing-masing.

Leave a Reply

Your email address will not be published.