Categories
NASIONAL

Khalid : Rancangan Syabas Bantu BN Beri Air Percuma Untuk Kepentingan Peribadi

air-syabas_MBa

SHAH ALAM, 4 MEI : Rancangan Syarikat Bekalan Air Selangor (Syabas) untuk membantu Barisan Nasional (BN) Selangor membekalkan 20 metre padu air percuma disifatkan lebih terarah kepada kepentingan peribadi dan keuntungan semata-mata.

Menteri Besar, Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim berkata, Syabas tidak perlu mengeluarkan kenyataan sedemikian kerana syarikat konsesi itu tidak mempunyai hak berhubung perkara berkenaan.

“Syabas hanya menggunakan Umno-BN demi kepentingan diri dan keuntungan mereka.

“Manifesto yang sudah dilaksanakan Pakatan Rakyat (PR) adalah jelas di mana pemberian air percuma sudah berlaku sejak lima tahun lalu.

?Malah Syabas tiada kepentingan langsung dalam usaha tersebut,” katanya dalam satu temubual di kediaman rasminya, di sini petang tadi.

Sebelum ini, Pengerusi Eksekutif Syabas, Tan Sri Rozali Ismail berjanji akan membantu Umno-BN Selangor melaksanakan pelan pemberian air percuma sekiranya gagasan itu berjaya mentadbir Putrajaya.

Manifesto BN Selangor yang dibentangkan 17 April lalu antara lain berjanji meneruskan pemberian air percuma 20 meter padu yang dimulakan dan dilaksanakan pentadbiran PR Selangor selama lima tahun.

Leave a Reply

Your email address will not be published.