Categories
NASIONAL

Jangan Lupa Umno-BN Yang Batalkan Bantuan Sekolah Agama Rakyat

khalid ceramah teluk gong 27 apr 01

PELABUHAN KLANG, 1 MEI : Orang Melayu di Selangor diingatkan agar tidak melupakan bahawa Umno-BN yang bertangungjawab membatalkan bantuan kepada Sekolah Agama Rakyat(SAR).

Oleh itu, pengundi Melayu  diingatkan tidak mengundi Umno-BN kerana parti itu dalam Pilihan Raya Umum Ke 13(PRU13) ahad ini, saran Yang Dipertua PAS Klang, Ismail Arsat.

“Lebih 10 tahun lalu, Tun Dr Mahathir Mohamad yang tarik peruntukan kepada SAR.

“Bukan DAP, bukan PR, bukan Kerajaan Negeri PR sekarang yang tarik bantuan ini, tetapi Umno,” kata beliau dihadapan kira-kira lebih 300 orang ramai yang berada di ceramah Pakatan Rakyat di Kampung Hamid Tuah, Telok Gong di sini.

Selepas PR Selangor mengambilalih pentadbiran negeri pada 2008 sehingga kini, Kerajaan Negeri sudah menyalurkan bantuan sebanyak RM 32.5 juta kepada SAR seluruh Selangor.

Peruntukan ini tidak termasuk peruntukan lain yang membabitkan peruntukan lain kepada institusi agama Islam di Selangor.

Kerajaan Negeri juga menaikan elaun guru-guru sekolah agama sebanyak dua kali dari RM738.30 di zaman BN kepada RM1,000 pada 2008 dan diikuti kenaikan kedua menjadikan RM1,300 pada 2012.

Tidak ketinggalan Kerajaan PR Pulau Pinang di bawah Ketua Menteri, Lim Guan Eng turut menambah peruntukan dalam agenda memartabatkan Islam di Pulau Pinang daripada RM25.7 juta ketika ditadbir BN kepada RM 33.2 juta pada 2009, RM38.9 juta (2010), RM 45.7 juta (2011) dan RM 64.03 juta pada 2012.

Sejak 2008, Guan Eng yang difitnah sebagai anti-Islam turut memperuntukkan sebanyak RM 305,000 sebagai sumbangan dan pengiktirafan kepada Al-Huffaz di Pulau Pinang.

Leave a Reply

Your email address will not be published.