Categories
NASIONAL SELANGOR

Rakyat Selangor Tunjuk Sokongan Padu : PR Menang Majoriti Dua Pertiga Kerusi DUN

pakatan selangor

SHAH ALAM : Rakyat Selangor memberi mandat yang lebih besar kali ini kepada Pakatan Rakyat apabila 44 kerusi Dewan Negeri Selangor berjaya dimenangi gagasan itu.

Ini sekaligus memberikan Pakatan majoriti dua pertiga di dalam Dewan Negeri Selangor. Calon Umno-BN menguasai 12 kerusi Dewan Negeri Selangor.

Keputusan itu membuktikan prinsip pentadbiran ?hasil negeri untuk rakyat? berakar di hati rakyat. Malah calon Pakatan berjaya menambah majoriti kemenangan di kebanyakkan kerusi DNS.

Selain memenangi 34 kerusi yang dipertandingkan pada 2008, Pakatan berjaya menawan DUN Dusun Tua, Sabak, Taman Templer, Tanjung Sepat, Paya Jeras, Sri Serdang, Kuala Kubu Baru, Sementa, Morib dan Sungai Pelek.

Walaubagaimanapun, Pakatan tidak berjaya mempertahankan kerusi Kota Damansara dan Bukit Malawati.

Keputusan sekali imbas juga menunjukkan pertambahan majoriti di banyak kerusi yang dimenangi.

Setakat ini Pas memenangi 15 kerusi DNS, DAP 15, dan PKR 14 kerusi.

 

Leave a Reply

Your email address will not be published.