Categories
SELANGOR

Kematian bekas exco Selangor disangka Sasterawan Negara cetus ‘keributan’ di internet

tvsSHAH ALAM 24 OGOS: Kematian bekas Exco Selangor, Datuk Sanad Said pagi semalam dikelirukan dengan khabar angin, kononnya Sasterawan Negara, Datuk A Samad Said meninggal dunia.

Bekas Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) Sementa itu disahkan meninggal dunia di Hospital Sultanah Aminah, Johor Bahru jam 11.30 pagi dan berita itu kemudian ditweet Pengerusi Perhubungan Umno Selangor, Datuk Noh Omar.

Sebaliknya, segelintir pengguna facebook mahupun twitter menyebar fakta tidak benar terhadap Pengerusi Bersama Bersih 2.0 itu, dipercayai akibat kekeliruan itu.

Ia dikatakan berlarutan beberapa jam sebelum pengesahan sebenar dibuat dan disebar bagi membetulkan fakta berkenaan.

Mengikut twitter seorang anaknya, Sasterawan Negara itu sihat, malah baru sahaja menukar blurb mentol di meja bacaan ketika negara heboh dengan berita palsu berkenaan.

Orang ramai diminta berhati-hati dan mendapatkan pengesahan ahli keluarga sebelum menyebar berita kematian mana-mana individu bagi mengelakkan sebarang kekeliruan.

-FZL

Leave a Reply

Your email address will not be published.