Categories
NASIONAL SELANGOR

Harga minyak naik, rakyat mengeluh

ron95SHAH ALAM 5 SEPT : Rakyat Selangor kita temui melahirkan rasa tidak puas hati dengan kenaikan harga petrol dan diesel yang diumum Kerajaan Persekutuan 2 September lalu. Umumnya bersetuju kenaikan RM0.20 ini lebih memburukkan lagi kos kehidupan yang cukup menghimpit.

Hafiz Rashid, 27 “Kenaikan bahan bakar tentunya menyebabkan perbelanjaan setiap keluarga meningkat. Saya harap kerajaan mengkaji kembali kerana mereka yang berpendapatan rendah pasti terkesan,”TEST 1

Rosliana Abdul Samad, 34 “Petrol dan diesel sememangnya satu keperluan. Kesannnya kenaikan harga barangan kemungkinan besar akan berlaku. Kerajaan wajar beri perhatian. Saya juga rasakan cadangan supaya rakyat menggunakan pengangkutan awam juga sukar dipraktikkan kerana perkhidmatan yang tidak TEST 3menyeluruh,”

Azrim Azmi, 26 “Saya yakin baik yang menggunakan kenderaan sendiri mahupun pengangkutan awam akan terasa dengan kenaikan ini. Mungkin bagi golongan berada akan menganggap ia biasa tetapi tidak bagi kami yang kurang berkemampuan,”

Leave a Reply

Your email address will not be published.