Categories
NASIONAL

Kenaikan harga minyak, belia antara terkesan

Yunus HairiSHAH ALAM, 9 SEPT : Golongan belia berpendapatan rendah dan sederhana merupakan kelompok yang menerima kesan besar dari kenaikan harga petrol dan diesel yang diumumkan Kerajaan Pusat Umno-BN baru-baru ini.

Exco Belia dan Sukan, Infrastruktur dan Kemudahan Awam, Dr Ahmad Yunus Hairi berkata golongan belia bukan sahaja bergelut untuk melangsaikan hutang pengajian di institusi pendidikan, tetapi juga perlu menanggung kos kehidupan yang semakin mendesak, terutamanya mereka yang telah berkahwin.

“Para belia yang sepatutnya menjadi tunggak kepada pemimpin pelapis negara pada masa akan datang kini akan menjadi belia yang hanya memikirkan keperluan diri dan keluarga sahaja.

“Inilah hasil kerja Umno-BN selama ini menyogok kebendaan kepada pemikiran belia sehingga menjadikan mereka hilang jati diri kerana terpaksa bergantung hidup dengan Bantuan Rakyat 1 Malaysia (BR1M) serta pelbagai sogokan wang dan hiburan,” katanya dalam satu kenyataan media.

Kesan daripada itu katanya, pemikiran belia yang akan menjadi pelapis pada masa hadapan tidak lagi mempunyai integriti untuk menyelesaikan permasalahan yang berlaku dalam negara baik dari sudut ekonomi, pendidikan mahupun pemerintahan.

Beliau berpendapat sekiranya tiada tindakan lanjut diambil bagi mengatasi krisis ekonomi hari ini, budaya pemerintahan Umno-BN yang dicemari penyalahgunaan kuasa dan rasuah diteruskan generasi muda sebagai jalan pintas mengecapi kesenangan.

“Kerajaan Pusat perlu mengubah kaedah dan corak pemerintahan kerajaan kepada pengurusan yang lebih berhemah,” katanya lagi.

Leave a Reply

Your email address will not be published.