Categories
SELANGOR

Kerajaan Selangor ucap takziah keluarga Norazita

image(1)_540_360_100SHAH ALAM 24 OKT : Kerajaan Selangor mengucapkan takziah kepada keluarga pegawai bank, Norazita Abu Talib,37, yang maut selepas ditembak oleh pengawal keselamatan premis itu untuk melarikan sejumlah wang, di USJ Sentral, semalam.

Dalam kejadian pukul 6.18 petang itu, mangsa yang juga ibu kepada dua cahaya mata dan bekerja di bank berkenaan selama 16 tahun ditembak di tempat kejadian, manakala bahagian mukanya hancur akibat peluru ?pump gun? yang dilepaskan suspek, Ardi Hamza, 36, yang berasal dari Jalan Apas, Tawau, Sabah.

Exco Hal Ehwal Wanita, Rodziah Ismail, berkata beliau berharap tindakan pantas, profesional dan berkesan daripada polis dalam usaha memastikan yang bersalah dibawa kepada pengadilan.

“Tiada airmata dan rasa yang akan tinggal mengenangkan kejadian itu. Tiada juga kata yang boleh diucapkan bagi meredakan rasa marah yang dialami.

“Semoga Allah memberi kembali ketenangan kepada keluarga, anak serta kaum kerabat arwah Norazita, khususnya kepada suaminya, Irwan Kmarudin di atas kejadian yang menyayat hati ini,” katanya dalam satu kenyataan media di sini, hari ini.

-NFN-

Leave a Reply

Your email address will not be published.