Categories
SELANGOR

Selangor lepasi sasaran 100,000 tan metrik keluaran kelapa

kelapa

kelapa-sallehenSABAK BERNAM 22 OKT : Selangor berjaya melepasi sasaran 100,000 metrik tan pengeluaran kelapa apabila 104, 421 metrik berjaya dikeluarkan, sehingga Ogos lalu.

Exco Hal Ehwal Islam, Permodenan Pertanian dan Pembangunan Desa, Sallehen Mukhyi, berkata jumlah keluaranĀ  bernilai RM80.12 juta yang diperolehi itu melepasi sasaran negeri, berbanding keperluan penggunaan 100,454 metrik tan kelapa, pada tahun ini.

Katanya, Jabatan Pertanian Selangor melaksanakan Program Pemulihan dan Penanaman Semula Kelapa sejak 1998 yang memberi tumpuan kepada kaedah integrasi tanaman bagi meningkatkan pendapatan pekebun kecil kelapa.

“Kerajaan Negeri memperuntukkan RM300,000 untuk program itu. Kita juga memberikan galakan kaedah pertanian semula jadi yang tidak menggunakan racun berbahaya, di samping dapat menjaga alam sekitar dan meningkatkan pendapatan petani,” katanya.

kelapa2

Sallehen berkata demikian pada Program Pelancaran Kempen Pengawalan Perosak Tanaman Kelapa peringkat Negeri Selangor yang turut dihadiri Pemangku Pengarah Pertanian Selangor, Mohammad Idrus Ab Hamid dan kira-kira 200 pekebun kecil sekitar Sabak Bernam, Sekinchan dan Tanjong Karang di Jalan Haji Idris, Batu 38, di sini, hari ini.

Kempen itu dilancarkan serentak seluruh negeri bertujuan memberi penerangan berkenaan perosak utama antaranya Kumbang Tanduk, Kumbang Jalur Merah, Ulat Artona, Ulat Beluncas serta Kumbang Perosak Pucuk Kelapa yang menjejaskan produktiviti tanaman kelapa.

“Melalui program ini, kita berharap petani dapat mengesan tanda awal serangan perosak dan melaksanakan aktiviti kawalan seperti disyorkan Jabatan Pertanian.

“Industri tanaman kelapa masih relevan dan permintaannya akan terus meningkat untuk memenuhi keperluan kelapa segar dan industri pemprosesan,” katanya. -NFN-

 

Leave a Reply

Your email address will not be published.