Categories
SELANGOR

Siaran langsung ceramah isu laporan audit malam ini

pasa
SHAH ALAM 19 OKT: Orang ramai boleh mengikuti siaran langsung ceramah perdana bertajuk Laporan Audit: Rakyat Diminta Berjimat; Kerajaan Terus Boros melalui portal ini, malam ini.

Antara penceramah dalam program anjuran PAS Shah Alam itu ialah Naib Presiden PAS, Datuk Mahfuz Omar; Pesuruhjaya PAS Selangor, Dr Abdul Rani Osman dan Ahli Parlimen Shah Alam, Khalid Abdul Samad.

Program anjuran PAS Shah Alam itu berlangsung di Dewan Majlis Bandaraya Shah Alam (MBSA) dan dijadual bermula jam 9 malam.

Waktu siaran tertakluk kepada situasi semasa di lokasi ceramah manakala siaran ulangannya dijadual disiar melalui portal ini sekitar jam 8.30 malam esok.

Untuk menonton, klik petak hitam sebelah kanan bahagian atas tertera TV Selangor Live.

Leave a Reply

Your email address will not be published.