Categories
SELANGOR

Siaran langsung isu pendidikan semasa malam ini

live
KUALA LUMPUR 4 OKT: Orang ramai boleh menyaksikan siaran langsung forum mengenai isu pendidikan semasa yang dipancarkan dari Dewan Perhimpunan Cina Kuala Lumpur dan Selangor (KLSCAH) melalui portal ini.

Panel forum anjuran Teach For The Needs (TFTN) itu ialah Shamsuddin Othman atau Dinsman dari Seniman Paksi Rakyat (PAKSI), Fauzi Naeim (Pensyarah UNIKL) dan Hishamuddin Rais (aktivis sosial).

Moderator ialah penulis buku berjudul Sekolah Bukan Penjara Univesriti Bukan Kilang, Zul Fikri Zamir.

Program yang dijadual bermula jam 8.30 malam dan dijangka berakhir jam 11 malam, bagaimanapun tertakluk kepada situasi semasa di lokasi acara.

Siaran ulangan bagi program berkenaan diadakan pada esok malam sekitar jam 8 malam.

Untuk menonton, klik petak hitam di atas bahagian kiri portal ini.

– FZL

Leave a Reply

Your email address will not be published.