Categories
NASIONAL

Anwar : Bernas diswasta, jejas kestabilan harga beras

Oleh : Afeeqa Afeera,

KUALA LUMPUR, 12 NOV : Datuk Seri Anwar Ibrahim hari ini mengecam tindakan Tan Sri Syed Mokhtar Bukhari yang didakwa mengambil alih sepenuhnya syarikat Padiberas Nasional Berhad (Bernas) untuk keuntungan peribadinya.

anwar ibrahim parliament 2Ketua Pembangkang itu berkata, niat asal penubuhan Bernas untuk melindungi kepentingan petani dan pengedar Bumiputera telah tersasar apabila Kerajaan Pusat membenarkan ia dimonopoli oleh pihak tertentu.

Katanya, tindakan itu mungkin mendatangkan kemudaratan terhadap kestabilan harga beras di masa hadapan.

“Bagaimanakah pengambil alihan saham Bernas bernilai RM447 juta dan jumlah pengambil alihan melalui Tradewinds Plantation dan Bernas bernilai RM1.173 bilion oleh syarikat milik Tan Sri Syed Mokhtar dipermudahkan Maybank?

“Bagaimana seseorang individu boleh berterusan berjaya mendapatkan pinjaman dari bank yang sama?” soalnya di Parlimen, petang tadi.

Katanya, Bernas memang menjadi sasaran pengambil alihan mana-mana individu yang sangat kaya lebih-lebih lagi harga saham syarikat itu yang sedang meningkat dan stabil.

Anwar yang juga Ketua Umum PKR, berkata apabila diambil kira keuntungan yang sihat, monopoli Bernas ke atas lesen AP import beras pasti menjadi perhatian individu berkepentingan.

“Bernas sedang meningkat malah nilainya kini empat kali ganda nilai lima tahun dahulu. Ia satu contoh syarikat yang stabil dengan keuntungan bersih tahunan konsisten sekitar RM135 juta setiap tahun sejak 2006 dengan hasil yang meningkat tahun demi tahun dari RM2.1 bilion (2006) ke RM3.6 bilion (2012),” katanya lagi.

Katanya, hingga hujung 2009, milikan saham ini mula dibeli Syed Mokhtar mengakibatkan beliau memiliki 53.7 peratus Bernas melalui dua syarikat milik beliau.

Beliau berkata, tawaran pembelian Bernas dilanjutkan pada penghujung Februari 2013 oleh Syed Mokhtar melalui beberapa syarikat lain miliknya yang dikatakan bernilai RM477 juta.

-EZY

Leave a Reply

Your email address will not be published.