Categories
NASIONAL

Izzah : PR jumpa Tengku Adnan esok bincang kenaikan cukai taksiran

Oleh : AFIX REDZUAN

KUALA LUMPUR 20 NOV : Pakatan Rakyat (PR) akan mengadakan pertemuan bersama Menteri Wilayah Persekutuan, Datuk Seri Tengku Adnan Tengku Mansor bagi membincangkan kenaikan cukai taksiran yang bakal dilaksanakan Dewan Bandaraya Kualu Lumpur (DBKL), esok.

Ahli Parlimen Lembah Pantai, Nurul Izzah Anwar, berkata pertemuan dengan menteri itu dibuat dengan syarat mereka diberikan satu salinan Pelan Draf Kuala Lumpur yang turut meliputi pengezonan terbaru yang dibuat DBKL sebelum proses pewartaan.

nurul izzahIzzah berkata, pihaknya juga meminta jangka masa dua bulan untuk meneliti, mengkaji dan memberikan maklum balas berkenaan isu seperti kehilangan kawasan lapang atau penambahan kepadatan penduduk yang melampau.

“Batalkan serta-merta pelaksanaan penilaian semula nilai taksiran hartanah di Kuala Lumpur sehingga satu perbincangan meja bulat dapat dibuat terlebih dahulu dengan penjelasan jitu dan lanjut oleh DBKL kepada semua Ahli Parlimen PR Wilayah Persekutuan,” katanya pada sidang media, di lobi Parlimen, di sini, hari ini.

Pada 18 November lalu, DBKL mengedarkan notis menyemak semula senarai nilaian cukai taksiran kepada pemilik rumah dan premis di Kula Lumpur, yang mana kadar kenaikan cukai taksiran itu dianggarkan lebih 100 peratus, bermula Januari 2014.

-NFN-

Leave a Reply

Your email address will not be published.