Categories
SELANGOR

Majlis Pengangkutan Awam perlu sedia pelan perbaiki kemudahan

Oleh : Lizawati Madfa

SHAH ALAM 21 NOV : Majlis Pengangkutan Awam Selangor diharap dapat membangunkan pelan pengangkutan awam bersepadu bagi mempertingkatkan dan memperbaiki sistem pengangkutan awam di Selangor.

Adun Damansara Utama, Yeo Bee Yin, berkata penambahbaikan perkhidmatan pengangkutan awam itu penting kerana ia dapat membantu melonjakkan produktiviti ekonomi setempat dan mengelayeo bee  yinkkan kesasakan jalan raya.

“Pengangkutan awam juga membolehkan ekonomi ruang berkelompok melalui penumpuan aktiviti ekonomi dan pejabat berkelompok, kedai, dan kegunaan kawasan yang lain di sekitar perhentian pengangkutan awam.

“Aktiviti kluster sedemikian boleh meningkatkan kecekapan melalui pengurangan kos buruh, komunikasi yang lebih baik, kos infrastruktur yang lebih rendah, dan interaksi yang meningkat dengan perniagaan yang serupa,” kata Bee Yin.

Beliau berkata demikian ketika membahaskan Belanjawan Selangor 2014 di Sidang Dewan Undangan Negeri di sini pagi tadi.

Kerajaan Negeri disarankan untuk mempelajari pendekatan Kerajaan Pulau Pinang yang menyediakan sistem pengangkutan awam lengkap walaupun mempunyai sumber kewangan terbatas.

Kata Bee Yin, antara inisiatif yang boleh diambil adalah dengan menyediakan bas pengantara di kawasan strategik ketika waktu puncak dan mewujudkan jaringan pengangkutan awam lebih intensif dengan liputan yang lebih besar.

pengangkutan“Melalui kerjasama dengan syarikat bas, kos bas pengantara percuma di waktu puncak yang ditanggung kerajaan Pulau Pinang adalah kira-kira RM 160,000 setahun bagi setiap bas.

“Pada harga ini, kita boleh menambah sekurang-kurangnya 100 buah bas pengantara pada waktu puncak di Lembah Klang dengan membelanjakan RM20 juta setahun.

Katanya, hanya terdapat lebih kurang 800 buah bas di Lembah Klang, dengan menambah 100 bas ia bermakna peningkatan sebanyak 12.5 peratus dalam kapasiti yang akan memberikan faedah yang besar kepada rakyat.

-EZY

Leave a Reply

Your email address will not be published.