Categories
KENYATAAN MEDIA

PANTAS, MPK kini Bersedia

Majlis Perbandaran Klang (MPK) bertindak proaktif melalui penubuhan Pasukan Tindakan Segera (PANTAS) yang bertindak sebagai skuad bantuan awal terhadap aduan kecemasan dan bencana mengikut tempoh masa yang ditetapkan.

Pengarah Jabatan Penguatkuasa MPK, Andry Arman Masrom berkata, selain daripada anggota penguatkuasa,pihaknya juga akan mengadakan kerjasama dengan beberapa agensi dan jabatan yang terlibat terutama dalam menangani bencana kelak.

mpkMenurutnya, antara skop penugasan PANTAS ialah banjir (banjir kilat),tanah runtuh,runtuhan,ribut,kemalangan (tiang dan pokok tumbang,kerosakan harta awam,tumpahan minyak) dan kebakaran .

“MPK akan memperkemaskan lagi pasukan yang sedia ada dan pada masa yang sama kita juga akan berkongsi kepakaran dengan agensi berkaitan yang mempunyai kemahiran tertentu dalam menangani bencana.

“Selain daripada itu,beberapa siri latihan bakal diadakan bagi memastikan pasukan ini sentiasa bersedia daripada segi mental dan persiapan peralatan jika ada kecemasan yang diterima”katanya selepas mengadakan taklimat prosedur keselamatan dan tindakan kecemasan di sini.

Andry berkata,pihaknya kini memberi perhatian terhadap ancaman banjir yang sedang melanda dan meminta masyarakat sentiasa peka dengan keadaan sekeliling.

Menurutnya,segala aduan berkaitan bencana boleh diajukan kepada Bilik Gerakan Pejabat Penguatkuasa di talian 3374 8845 atau 3371 2149 untuk tindakan selanjutnya nanti.
“BERKHIDMAT UNTUK NEGARA”

Saya yang menurut perintah,

Norfiza binti Hj Mahfiz
Pengarah Komunikasi & Pengaduan Awam
Majlis Perbandaran Klang

Leave a Reply

Your email address will not be published.