Categories
SELANGOR

PAS pertahan kerusi DUN Sungai Limau walaupun majoriti merosot

azam1459925_696900603654455_1573467565_n

SUNGAI LIMAU 4 NOV: PAS secara rasmi berjaya mengekalkan kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) Sungai Limau dengan majoriti kira-kira 1,084 undi, merosot 1,690 undi daripada majoriti pada Pilihan Raya Umum (PRU) ke-13 lalu.

Calon PAS, Mohd Azam Abd Samat memperolehi 12,069 undi manakala calon BN, Dr Ahmad Sohaimi Lazim mendapat 10,985 undi.

Seramai 85.5 peratus (22,642 pemilih) daripada 27,222 pemilih dalam Dewan Undangan Negeri (DUN) itu menunaikan tanggungjawapnya hari ini.

Memetik Malaysia Kini, PAS mempertahankan kerusi tersebut bagi penggal kelima berturut-turut. Pilihan raya kecil kali ini diadakan ekoran kematian penyandangnya, Tan Sri Azizan Razak akibat komplikasi penyakit kencing manis.

Dalam PRU 13, PAS mempertahankan kerusi tersebut dengan majoriti 2,774 undi. Ketika itu Azizan memperolehi 13,294 undi untuk menewaskan tiga lagi calon termasuk dari BN yang mendapat 10,520 undi.

Ini bermakna undi PAS merosot 1,225 undi manakala undi BN bertambah sebanyak 465 undi.

Pesuruhjaya PAS Kedah, Datuk Mahfuz Omar berkata kemerosotan majoriti yang diperolehi calon parti itu adalah kerana pilihan raya kecil tersebut diadakan pada hari bekerja.

Ini menurutnya, menyebabkan hanya 2,300 daripada 3,600 pengundi luar yang balik mengundi hari ini.

Leave a Reply

Your email address will not be published.